web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Dicadang Laksana 3 Langkah Pertingkat Keselamatan Warga Emas Tinggal Bersendirian

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 9:15PM

Cadangan itu dikemukakan susulan insiden membabitkan seorang warga emas ditemui meninggal dunia di rumahnya yang berkunci di Muar, Johor pada 3 Syawal lalu - Gambar Hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mengemukakan tiga cadangan supaya kerajaan memberi perhatian dan mengutamakan aspek kesejahteraan warga emas, termasuk mereka yang berada bersendirian di rumah.

Setiausaha Wanita PKR Pusat, Loh Ker Chean berkata, cadangan pertama adalah kerajaan boleh menggalakkan dan membantu pemasangan atau penggunaan ‘butang panik’ secara percuma di rumah warga emas yang tinggal bersendirian.

Katanya, butang panik itu yang boleh dipasang di dinding atau dipakai warga emas, berfungsi untuk menghubungi pihak polis dengan segera apabila mereka memerlukan bantuan kecemasan.

“Cadangan kedua pula, komuniti setempat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengumpulkan data warga emas yang tinggal bersendirian dan memeriksa keadaan mereka dari masa ke masa, melalui panggilan telefon atau ziarah secara fizikal secara berkala.

“(Manakala), Cadangan ketiga, Kerajaan Persekutuan boleh mengukuhkan sistem sokongan penjagaan kesihatan dan kebajikan holistik serta berpatutan secara dalam komuniti untuk keperluan golongan warga emas.

“Ketiga-tiga cadangan ini boleh menjadi titik mula untuk kita bersama-sama memberikan perhatian dan mengutamakan aspek kesejahteraan golongan warga emas. Golongan ini sudah banyak sumbangannya kepada keluarga, masyarakat dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan susulan pihaknya amat kesal dengan insiden membabitkan seorang warga emas ditemui meninggal dunia di rumahnya yang berkunci di Muar, Johor pada 3 Syawal lalu.

“Peristiwa malang ini sewajarnya membuka mata kita bahawa insiden kematian warga emas yang hidup sebatang kara tanpa pengetahuan keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka, bukan lagi satu berita janggal buat rakyat Malaysia.

“Satu perkara yang amat menyayat hati adalah mereka ini mungkin boleh diselamatkan dan hidup lebih lama jika menerima perhatian serta bantuan kecemasan segera,” katanya.

Ker Chean berkata, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), populasi warga emas dalam negara diunjurkan semakin meningkat sehingga Malaysia menjadi sebuah negara tua pada 2030.

Mengikut data itu, jelasnya, menjelang tahun berkenaan, 15 peratus daripada jumlah penduduk negara dianggarkan berumur 60 tahun ke atas.

Justeru, katanya, dasar kerajaan di semua peringkat, sama ada kerajaan tempatan, negeri atau Persekutuan, harus memberikan tumpuan utama kepada aspek kebajikan golongan warga emas yang hidup bersendirian.

Terdahulu, media melaporkan dalam kejadian pada 25 April lalu, seorang lelaki warga emas berusia 76 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah yang berkunci di Taman Perdana, Muar.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Azhar Khalil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11 malam.

Jelasnya, seramai empat anggota berserta satu utiliti pacuan empat roda digegaskan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi kejadian, katanya, terdapat seorang lelaki warga emas berkunci di dalam rumah.

Mohd Azhar berkata, anggota bertindak memotong mangga pintu menggunakan alatan khas ‘circular saw’.

Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan kes diserahkan kepada pihak polis. – Getaran, 29 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia