web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lawat IPD Putrajaya, Tempoh Kuarantin Azmin Ali Undang Persoalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 4:28PM

Fahmi Fadzil dan Mohamed Azmin Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Status kuarantin Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi persoalan ramai, apabila beliau dilihat menghadiri pelbagai aktiviti sedangkan baru pulang dari lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, tindakan Azmin itu menimbulkan persoalan apabila secara terbuka dilihat membuat kunjungan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya semalam sedangkan tempoh kuarantin ditetapkan adalah selama 14 hari.

“Azmin Ali pulang dari UAE, sebuah negara yang melaporkan Varian Yang Membimbangkan (VOC) pada 5 Mei lalu.

“Jika diikutkan pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan, siapa yang pulang daripada negara VOC, perlu di kuarantin selama 14 hari. Tetapi kenapa tidak Azmin Ali? Mohon Ketua Pengarah  Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah jawab,” soal Fahmi dalam twitter miliknya.

Fahmi Fadzil mempersoalkan status kuarantin Azmin Ali yang pulang dari UAE.
Fahmi Fadzil mempersoalkan status kuarantin Azmin Ali yang pulang dari UAE.

Tindakan Azmin itu turut dipersoalkan netizen yang menyifatkan ia sangat tidak adil, khususnya ke atas rakyat marhaen apabila mereka tetap tertakluk kepada SOP ditetapkan kerajaan.

Ia menjadi perdebatan ramai susulan status kuarantin menteri berkenaan, apatah lagi dengan kes COVID-19 yang semakin meningkat naik.

Turut meluahkan rasa tidak puas hati ialah pemilik twitter SarahZahari, yang mendakwa tetap diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari UAE baru-baru ini.

 “Dia (Azmin)  baru pulang daripada negara UAE, saya juga baru pulang dari negara UAE, dan keadaan sekarang ini ialah, saya sudah diberikan suntikan penuh vaksin sebanyak dua dos. Tetapi sekarang masih lagi dalam tempoh kuarantin selama 14 hari.

“Dengan keadaan sekarang, Azmin Ali boleh keluar dan sebarkan virus kepada orang ramai. Adakah tindakan itu wajar?”, soal SarahZahari dalam ciapan di Twitternya.

Sebelum ini, Azmin mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu dari 26 April hingga 4 Mei dan turut mengambil kesempatan mengerjakan umrah.

Beliau semalam berkongsi kunjungan yang dilakukan ke IPD Putrajaya di Twitter, sekali gus menimbulkan persoalan ramai berhubung status kuarantinnya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada 8 Febuari memaklumkan, semua anggota kabinet yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara hanya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sebelum syarat itu kembali diperketatkan akibat kebimbangan terhadap varian baharu COVID-19.

Susulan itu, kerajaan mulai semalam mengumumkan penguatkuasaan semula tempoh kuarantin 14 hari untuk kemasukan dari Singapura, selepas ia dikurangkan kepada tujuh hari sebelum ini. – Getaran, 11 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia