web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Puas Hati Hasil Jualan Dadah, Lelaki Bunuh Rakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 May 2021 4:18PM

Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Hanya disebabkan tidak berpuas hati dengan hasil penjualan dadah dan masalah hutang seorang lelaki tergamak menikam kenalannya sehingga mati sebelum mencampakkan mayat mangsa di kawasan pembinaan dekat Damansara Perdana, di sini.

Dalam kejadian pada 6 Mei lalu, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki kira-kira jam 1.17 tengah hari yang memaklumkan terdapat mayat seorang lelaki, dipercayai terjatuh dari bangunan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 24 tahun ditemui di tingkat 2a kawasan pembinaan yang belum siap dalam keadaan cedera di badan dan disyaki dibunuh.

“Bertindak atas maklumat dan hasil risikan, sepasukan polis menahan suspek lelaki berusia 24 tahun di kawasan tempat letak kenderaan di Bandar Sunway, Subang Jaya pada jam 4.25 petang, Ahad lalu.

“Pemeriksaan terhadap suspek mendapati dia mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dipercayai akibat pergelutan dengan mangsa dan mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan swasta,” katanya kepada media hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek menerima 100 jahitan akibat kecederaan ketika bergelut dengan mangsa.

Katanya, hasil siasatan lanjut, suspek kemudian menunjukkan pakaiannya yang berlumuran darah di kediamannya di Taman Sri Kuching, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang.

“Seterusnya pada jam 9 malam, suspek menunjukkan sebuah kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah bangunan kediaman di Subang Jaya.

“Polis yang menjalankan pemeriksaan merampas pakaian milik suspek yang dipakai semasa kejadian berupa seluar jeans, baju t-shirt, topi dan dua pasang kasut yang mempunyai kesan darah,” katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, bedah siasat mendapati mangsa mengalami beberapa kesan tikaman sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak, manakala mayatnya dibuang oleh suspek dari balkoni rumah selepas meninggal dunia.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis ganja.

“Motif pembunuhan adalah kerana tidak puas hati berkenaan hasil penjualan dadah dan juga masalah hutang,” katanya.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga 16 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Getaran, 11 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia