web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suami Pengasuh Dituduh Liwat Bayi, Tekup Mulut Sehingga Mati

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 4:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Bayi lelaki berusia sembilan bulan yang meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuhnya di pangsapuri Jalan PJU 1A/42, di sini dipercayai diliwat sebelum mulutnya ditekup sehingga mati.

Susulan kejadian, suami kepada pengasuh berkenaan akan didakwa di mahkamah esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek lelaki dan isterinya berusia 35 tahun itu sebelum ini direman 13 hari bermula 30 April lalu sehingga esok bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, hasil bedah siasat terhadap bayi berkenaan mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut disyaki ditekup menggunakan tangan, dan beberapa kesan koyakkan di bahagian dubur mangsa dipercayai akibat kemasukan benda tumpul.

“Punca kematian adalah kerana mulut ditekup sehingga kesesakan nafas dan menyebabkan kematian.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati kedua-duanya positif syabu, manakala lelaki terbabit turut memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya kepada media hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor dengan suspek lelaki akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan esok.

“Isterinya pula akan dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan, tetapi turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Getaran pada 30 April lalu, melaporkan penahanan seorang wanita dan pengasuhnya selepas disyaki menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan.

Pasangan berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah rumah di pangsapuri Jalan PJU 1A/42 di sini, pada 8 malam. - Getaran, 11 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia