web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konflik Sudan: 3 Lagi Rakyat Malaysia Dibawa Pulang Lusa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 10:04PM

Dr Zambry Abd Kadir berkata tiga rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Sudan, akan tiba di tanah air pada Ahad ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Sudan, akan tiba di tanah air pada Ahad ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.00 pagi (waktu Malaysia) melalui pesawat Saudia SV842 yang diuruskan sepenuhnya Wisma Putra dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

Katanya, terdahulu mereka selamat tiba dengan kapal tentera laut Arab Saudi, ‘Amanah’ di Pangkalan Tentera Laut Raja Faisal, Jeddah, Arab Saudi pada jam 12.50 tengah malam (waktu Malaysia) tadi.

“Hasil usaha pihak Wisma Putra, Pasukan Khas Operasi Sudan, Kedutaan Besar Malaysia di Sudan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Kerajaan Arab Saudi serta beberapa pihak lain, akhirnya tiga orang rakyat Malaysia yang terkandas di Sudan sebelum ini, sudah selamat tiba dengan kapal tentera laut Kerajaan Arab Saudi, Amanah di Pangkalan Tentera Laut Raja Faisal, Jeddah, Arab Saudi pada 12.50 tengah malam (waktu Malaysia), 5 Mei.

“Ketibaan mereka disambut Pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan kemudian dibawa ke tempat penginapan yang disediakan Kerajaan Arab Saudi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zambry berkata, bagi pihak kerajaan Malaysia, beliau mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi kerana sekali lagi membantu rakyat Malaysia keluar dari Sudan, selain menyediakan fasiliti sepanjang berada di Jeddah.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi ini.

“Sekali lagi saya ingin sampaikan kepada semua rakyat Malaysia jika ada saudara atau kenalan rakyat Malaysia didapati berada di Sudan, diminta berhubung dengan Wisma Putra untuk kita bantu cari mereka,” katanya.

Pada 28 April lalu, 30 rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan dari Khartoum, ibu negara Sudan ketika negara itu dilanda konflik, selamat tiba di tanah air.

Kumpulan itu yang terdiri daripada pegawai Wisma Putra, pekerja Petronas dan pelajar, tiba di KLIA di sini kira-kira jam 2.54 petang melalui penerbangan Saudi Arabian Airlines SV834 dari Jeddah.

Mereka disambut Zambry bersama Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Rakyat Malaysia itu adalah antara 194 warga pelbagai negara yang selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Raja Faisal pada kira-kira 1.54 pagi waktu Malaysia pada 27 April.

Ketibaan mereka itu adalah dengan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi HMS Abha, selepas menempuh perjalanan kira-kira sembilan jam dari Pelabuhan Sudan.

Lebih 400 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 3,500 cedera ekoran konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan yang tercetus pada 15 April lalu. - Getaran, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Taiwan - Wisma Putra

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam 2 Insiden Di Jepun

4

Semasa 9 bulan yang lalu

77 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara Bagi Kesalahan Dadah - Bukit Aman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'