web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada MP BN Akan Kosongkan Kerusi Parlimen - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 6:23PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa tiada seorang pun Ahli Parlimen gabungan politik itu yang akan bertindak mengosongkan kerusi masing-masing sekali gus menumbangkan Kerajaan Perpaduan - Gambar Facebook Zahid Hamidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LENGGONG - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa tiada seorang pun Ahli Parlimen gabungan politik itu yang akan bertindak mengosongkan kerusi masing-masing sekali gus menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO itu berkata beliau sendiri telah melakukan kaji selidik ke atas semua Ahli Parlimen BN dan ura-ura menjatuhkan kerajaan nyata tidak berasas. 

"Saya nak tegaskan di sini BN tetap komited untuk meneruskan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

“Walaupun saya dengar ada yang nak gugat Kerajaan MADANI... ada 13 orang akan letak jawatan, kemudian 15 orang... hakikatnya, saya melakukan sendiri kaji selidik, tiada seorang pun yang akan meninggalkan atau mengosongkan kerusi mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Perak di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Ahli Parlimen Lenggong yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Pengerusi Pakatan Harapan Perak Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. 

Media sosial sebelum ini heboh melaporkan desas-desus mengenai Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dikatakan telah memiliki jumlah Surat Akuan Bersumpah yang mencukupi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Terdapat juga laporan 15 Ahli Parlimen BN yang akan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil. 

Mengenai Pilihan Raya Negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri yakin usaha mewujudkan keserasian antara jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan telah berjaya ditingkatkan manakala keserasian antara Kerajaan Perpaduan dan kerajaan negeri juga dilihat mulai kukuh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

2

Politik 1 bulan yang lalu

Gesa Pemimpin PN Letak Jawatan Tak Akan Ubah Keadaan - Santhara

3

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Mahu Pelaksanaan Sistem Sewaan Tanah Pertanian Dikaji Semula

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

Sukan 2 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Semasa 15 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Semasa 19 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi