web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gesa Pemimpin PN Letak Jawatan Tak Akan Ubah Keadaan - Santhara

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2024 8:37PM

Dr Edmund Santhara Kumar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peletakan jawatan pemimpin Perikatan Nasional (PN) susulan kekalahan blok pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu tidak akan mengubah keadaan.

Mantan Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar berkata, kekalahan pembangkang pada PRK itu tidak ada kaitan dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, umum mengetahui bahawa sentimen bangsa tetap mempengaruhi undi pemilih walaupun ia cuba dinafikan.

“Sabtu lepas, PN kalah kerana ada hampir 45 peratus pengundi India tidak keluar mengundi walaupun mereka tidak berpuas hati dengan Pakatan Harapan (PH).

“Kenapa mereka tidak turun mengundi? Ini yang perlu kita diagnos dan cari jawapannya, bukan menggesa pemimpin itu atau pemimpin ini melepaskan jawatan,” katanya kepada Getaran.

Santhara menyatakan demikian sebagai mengulas gesaan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim agar Muhyiddin dan Abdul Hadi berundur, susulan kekalahan pembangkang.

Jelas Zaid, PN gagal menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu kerana tidak menawarkab sebarang perkara yang boleh menjamin masa depan pengundi.

Mengulas perkara itu, Santhara yang juga bekas pemimpin PKR berkata, pengundi Cina tegar pasti akan memilih DAP walau dalam apa keadaan sekali pun.

“Ini bukan kenyataan rasis tapi kita semua tahu undi kaum Melayu pula sudah berpecah apabila ramai yang beralih kepada PN sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Menggesa dua pemimpin ini meletak jawatan ialah pandangan cetek yang sama sekali tidak konstruktif,” katanya. 

Beliau menarik perhatian, desas-desus bahawa pengundi India akan memboikot PRK Kuala Kubu Bharu hangat bertebaran sepanjang tempoh berkempen, tetapi ia dinafikan pihak tertentu.

“Sekarang mana hilangnya 45 peratus pengundi India itu? Kenapa mereka tidak keluar mengundi? Mana silapnya?

“Kebenaran perkara ini yang perlu dicari dan diperhalusi. Janganlah buat kerja mudah dengan menuding jari kepada orang lain. Jangan bercakap just because you want to say something,” katanya. - Getaran, 14 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anggap GTA Tak Berfungsi, Dr Mahathir Letak Jawatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiada MP BN Akan Kosongkan Kerusi Parlimen - Ahmad Zahid

3

Politik 1 tahun yang lalu

Ketua Menteri Melaka Yang Baharu Angkat Sumpah Esok

4

Politik 1 tahun yang lalu

MPT BERSATU Sebulat Suara Tolak Peletakan Jawatan Muhyiddin

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 18 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Sukan 7 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC