web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MPT BERSATU Sebulat Suara Tolak Peletakan Jawatan Muhyiddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 11:39PM

Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU menolak peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti berkenaan.

Keputusan sebulat suara itu dinyatakan pada Mesyuarat Khas MPT BERSATU yang dipengerusikan Muhyiddin malam ini.

Ia dimaklumkan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi kenyataan media.

“Ini kerana MPT menegaskan bahawa pertuduhan ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden BERSATU dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi.

“MPT memohon semua ahli dan penyokong bersabar serta bertenang dalam menghadapi ujian besar ke atas Presiden dan BERSATU dengan fitnah serta kezaliman,” katanya.

Hamzah berkata, mesyuarat itu turut menerima laporan sayap SRIKANDI dan ARMADA yang selesai mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) masing-masing.

“MPT juga mengucapkan tahniah kepada sayap baharu, SRIKANDI MUDA yang juga berjaya menganjurkan konvensyen pertama mereka pada hari ini,” katanya.

Status jawatan Muhyiddin sebagai orang nombor satu parti itu mencetuskan persoalan apabila beliau didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas enam pertuduhan, iaitu empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi BERSATU dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Status jawatan Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor satu BERSATU mencetuskan persoalan apabila beliau didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas enam pertuduhan - Gambar Fail
Status jawatan Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor satu BERSATU mencetuskan persoalan apabila beliau didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas enam pertuduhan - Gambar Fail

Muhyiddin, 75, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Selain itu, Muhyiddin juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Hakim Azura memerintahkan ikat jamin ditetapkan pada RM2 juta dengan dua penjamin dan pasport Muhyiddin diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Malah, beberapa pihak menuntut supaya Ahli Parlimen Pagoh itu melepaskan jawatannya sebagai Presiden BERSATU serta-merta, seperti langkah diambil mantan Ketua Penerangan parti berkenaan, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ia termasuk tuntutan dibuat Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar yang menegaskan, konsistensi BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya terpaling mempertahankan integriti itu, seharusnya dipraktikkan Muhyiddin dengan melepaskan kedudukan dalam parti berkenaan.

“Keengganan Muhyiddin untuk meletakkan jawatan serta-merta, malah menggunakan dalih akan menyerahkan ketetapan terkait jawatannya kepada MPT, mempamerkan sikap hipokrasi dan cakap tidak serupa bikin BERSATU.

“Ini seolah-olah beliau tidak mementingkan nilai integriti seperti digembar gemburkan anak buahnya Wan Saiful,” katanya menerusi kenyataan.

Namun, Muhyiddin dalam sidang medianya kelmarin memaklumkan, beliau menyerahkan kepada Majlis Tertinggi BERSATU untuk menentukan nasib jawatan presidennya. – Getaran, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Sheikh Hasina Letak Jawatan, Larikan Diri Dengan Helikopter Tentera

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

3

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

4

Politik 3 bulan yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki