web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sheikh Hasina Letak Jawatan, Larikan Diri Dengan Helikopter Tentera

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2024 7:34PM

Sheikh Hasina Wazed - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Era pemerintahan 15 tahun Perdana Menteri Bangladesh, Sheik Hasina Wazed berakhir selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan hari ini. 

Menurut laporan media tempatan, beliau turut melarikan diri dari Istana Perdana Menteri menggunakan helikopter tentera selepas kediaman rasmi itu diserbu penunjuk perasaan. 

Memetik kenyataan sumber, media melaporkan, perusuh terbabit nekad melanggar perintah berkurung dan menceroboh premis tersebut.

Tunjuk perasaan di Bangladesh sehingga kini telah meragut hampir 300 nyawa.

Semalam, hampir 100 penunjuk perasaan terbunuh dalam siri rusuhan terbaru dan suasana dilaporkan masih tegang hari ini selepas golongan terbabit berarak ke Dhaka.

Situasi tegang di Bangladesh berterusan hari ini apabila penunjuk perasaan berarak ke ibu megara - Gambar X
Situasi tegang di Bangladesh berterusan hari ini apabila penunjuk perasaan berarak ke ibu megara - Gambar X

Situasi itu bagaimanapun berubah menjadi ceria apabila berita peletakan jawatan Hasina tersebar luas.

Media memberitahu, Ketua Angkatan Tentera, Jeneral Waker-Uz-Zaman telah mengadakan rundingan bersama parti politik utama, termasuk pihak pembangkang, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP).

Waker ialah pegawai infantri yang telah berkhidmat selama hampir empat dekad, termasuk sebagai anggota pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). - Getaran, 5 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Gesa Pemimpin PN Letak Jawatan Tak Akan Ubah Keadaan - Santhara

2

Politik 1 tahun yang lalu

Anggap GTA Tak Berfungsi, Dr Mahathir Letak Jawatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiada MP BN Akan Kosongkan Kerusi Parlimen - Ahmad Zahid

4

Politik 1 tahun yang lalu

Ketua Menteri Melaka Yang Baharu Angkat Sumpah Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka