web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Menteri Melaka Yang Baharu Angkat Sumpah Esok

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Mar 2023 12:20PM

Zaidi Johari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Ketua Menteri Melaka yang baharu akan mengangkat sumpah jawatan esok, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.

Menurut Zaidi, sehubungan itu, berdasarkan Perenggan (a) Fasal 2, Perkara 7 Perlembagaan Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Melaka hendaklah melantik seorang ADUN sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

“Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka ke-13 adalah dijadualkan berlangsung pada 31 Mac 2023, Jumaat bersamaan 9 Ramadan 1444H di Dewan Sri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka pukul 3 petang,” menurut kenyataan itu.

Spekulasi pertukaran Ketua Menteri Melaka mula dilaporkan media sejak semalam susulan tular di aplikasi WhatsApp maklumat mengenai istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri yang baharu bakal berlangsung Jumaat ini.

Antara nama yang disebut-sebut menggantikan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu ialah ADUN Tanjung Bidara merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Sheikh Hasina Letak Jawatan, Larikan Diri Dengan Helikopter Tentera

4

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi