web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


12 Syarikat Konsesi Setuju Laksana Sistem Pembayaran Terbuka - Nanta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 8:49PM

Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka yang akan bermula September ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka yang akan bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata syarikat berkenaan adalah Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP);  Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT); Lebuhraya Shah Alam (KESAS);  Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX).

Katanya ia juga melibatkan Lebuhraya Sungai Besi; Lebuhraya Baru Pantai (NPE);  Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH); Lebuhraya Koridor Guthrie; Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE). 

“Setakat ini, ini adalah syarikat konsensi yang setuju melaksanakan sistem pembayaran terbuka, yang lain rundingan masih dibuat dan kita berharap ada lagi yang tampil untuk bersama mengambil bahagian,” katanya selepas melawat Pusat Pemantauan Trafik (TMC) Menara Korporat, Persada PLUS di Subang di sini hari ini. 

Nanta berkata perbincangan dengan syarikat konsensi mengambil masa yang lama kerana perlu meneliti risiko keselamatan yang akan ditanggung oleh pengguna kad kredit atau debit untuk pembayaran tol.

“Kita nak pastikan semua isu-isu keselamatan itu tidak berlaku jadi kita tidak boleh buat tergesa-gesa pelaksanaannya,” katanya.

Sistem pembayaran tol terbuka yang akan bermula pada pertengahan September ini adalah inisiatif kerajaan untuk memberikan pilihan cara pembayaran tol kepada pengguna selain daripada menggalakkan kaedah pembayaran secara Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), kad Touch n Go dan SmartTag.

Mengenai usaha untuk menaik taraf beberapa laluan lebuh raya, Nanta berkata kerja-kerja awalan kini sedang dilakukan termasuk melebarkan laluan Lebuhraya Pasir Gudang dan Sedenak, Johor membabitkan peruntukan RM525 juta. 

“Peruntukan adalah di bawah Belanjawan 2023 dan apabila telah diluluskan, kerja-kerja awal sudah dibuat dan kita serahkan pada PLUS untuk melaksanakan sepenuhnya,” kata beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Cadangan Hapus Tol Sukar Dilaksanakan - Ahmad

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Konsesi ERL Dilanjutkan 30 Tahun, Tambang Ditentukan Ikut Pasaran Bermula Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiada Caj Tambahan, Hanya Bayar Ikut Kadar Tol Sebenar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bukan Masalah Penghawa Dingin, Namun Bau Pelik… - Kes Pemandu Terlanggar Tol

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia