web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konsesi ERL Dilanjutkan 30 Tahun, Tambang Ditentukan Ikut Pasaran Bermula Hari Ini

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 4:26PM

Tambang ERL ditentukan oleh pasaran bermula hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan melanjutkan perjanjian konsesi Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, bermula dari 2029 hingga 2059.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelanjutan konsesi selama 30 tahun itu akan membolehkan ERL menentukan kadar tambang berdasarkan pertimbangan pasaran bermula hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak akan lagi membayar apa-apa bayaran caj atau fi dari sumber pendapatan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) kepada pihak ERL.

Buat masa ini, ERL menerima bayaran daripada kutipan PSC berjumlah RM1 bagi setiap penumpang penerbangan domestik dan RM5 bagi setiap penumpang penerbangan antarabangsa yang melalui KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur).

"Kaedah ini dilihat sebagai situasi menang-menang. Pengguna juga dapat menikmati tawaran-tawaran perkhidmatan yang lebih baik daripada pihak ERL kerajaan tetap komited untuk menggalakkan dan menambah baik perkhidmatan alternatif ke KLIA yang akan mewujudkan persaingan yang sihat.

"Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ERL untuk sentiasa memastikan pencapaian keseimbangan antara pengoptimuman hasil dan penawaran pilihan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna. ERL perlu memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa berada di tahap optimum sejajar dengan harga tambang yang dikenakan," kata Loke.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian lanjutan konsesi itu di sini, hari ini.

Loke berkata, lanjutan konsesi yang dibuat lebih awal itu membolehkan ERL merancang dan melaksanakan pelaburan bagi menambah baik kemudahan dan perkhidmatannya.

Justeru, beliau berkata, ERL perlu berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan bagi menarik lebih ramai penumpang menggunakan kedua-dua perkhidmatan rel yang menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dan KLIA.

"Lapangan Terbang KLIA dan ERL adalah gambaran pertama yang membentuk imej negara Malaysia kepada pengunjung dari seluruh dunia. ERL memainkan tanggungjawab yang penting sebagai pengendali perkhidmatan keretapi yang begitu istimewa dalam menjaga nama baik negara," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia