web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Caj Tambahan, Hanya Bayar Ikut Kadar Tol Sebenar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 7:00AM

Pengguna hanya dikenakan bayaran berdasarkan kadar tol sebenar plaza tol yang dilalui. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR –Tiada caj tambahan akan dikenakan kepada pengguna yang membuat bayaran di plaza tol lebuh raya menggunakan kaedah kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka yang dijangka dilaksanakan September ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengguna hanya dikenakan bayaran berdasarkan kadar tol sebenar plaza tol yang dilalui.

“Selaras dengan pengumuman Kementerian Kerja Raya (KKR) pada 11 April lalu, sebanyak 12 lebuh raya memberikan komitmen untuk melaksanakan inisiatif sistem pembayaran tersebut.

“Ia juga sebagai alternatif kepada pengguna dan satu langkah ke arah pelaksanaan sistem kutipan tol secara “Multi Lane Fast Flow" (MLFF).

“Berdasarkan pengumuman yang dibuat, pembayaran tol menerusi kaedah itu akan dilaksanakan pada September ini,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Besut-PN) sama ada terdapat sebarang caj tambahan akan dikenakan kepada pengguna di lebuh raya yang terlibat dalam pelaksanaan kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, KKR turut meminta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menyelaras dan memperincikan pelan pelaksanaan bersama syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.

Selain itu, katanya,  LLM sudah membangunkan Arahan Operasi Standard yang perlu diguna pakai oleh syarikat konsesi berkaitan bagi penyeragaman operasi kutipan tol menggunakan kaedah tersebut.

Semalam, Alexander dilaporkan berkata, kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka yang dijangka bermula September ini akan melibatkan 12 lebuh raya bagi memudahkan proses pembayaran tol untuk pengguna lebuh raya.

Jelas beliau, ia membabitkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Selain itu, ia termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).

Ujarnya, sistem pembayaran terbuka itu bagi membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit untuk memudahkan dan melancarkan laluan di plaza tol. – Getaran, 16 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Cadangan Hapus Tol Sukar Dilaksanakan - Ahmad

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Laluan Seksyen 6 WCE Dibuka Tengah Malam Ini, Pengecualian Tol Hingga 2 Januari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula