web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mi Goreng Bangkok Lane Akan Beroperasi Di New World Park Selepas PKP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 May 2021 6:46PM

Mi Goreng Bangkok Lane akan mula beroperasi di New World Park selepas PKP berakhir. - Gambar dari Instagram Najee Mashar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Gerai mi goreng di warung kopitiam Bangkok Lane, yang terkenal di Pulau Pinang, akan berpindah ke lokasi baru selepas tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemindahan premis perniagaan gerai yang berusia 76 tahun ke pusat penjaja New World Park adalah susulan ketidaksefahaman pengusaha gerai dengan pemilik warung kopitiam tersebut.

Perkara ini telah disahkan oleh anak perempuan pengusaha gerai itu, Sameema Mahboob.

Menurut Sameema lagi, walaupun akan ada premis baru, gerai yang diwarisi oleh bapanya, Mahboob Md Zakarih, di Bangkok Lane itu akan kekal beroperasi sehingga tamat tempoh sewaan iaitu pada 31 Ogos ini.

“Terima kasih atas sokongan anda semua. Kami amat menghargainya,” kata Sameema.

Pertelingkahan antara Mahboob dan pemilik kopitiam tercetus kerana kadar sewa di mana kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat mengenai perkara itu.

Untuk rekod, kadar sewa bulanan gerai Mahboob di kopitiam Bangkok Lane adalah RM1,800.

Pemilik kopitiam tersebut gagal dihubungi untuk memberi komen. - Getaran, 13 Mei, 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia