web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengasas Dan Presiden Pertama ABIM, Dr Razali Nawawi Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 1:34PM

Allahyarham Dr Razali Nawawi - Gambar dari Facebook ABIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengasas dan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang pertama Dr Razali Nawawi meninggal dunia pada usia 83 tahun di Hospital Pakar An-Nur pada 6.45 pagi tadi.  

ABIM menerusi perkongsian di Facebook rasminya mengesahkan pemergian Razali yang merupakan sahabat karib Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih,” menurut hantaran di Facebook di sini hari ini.

Menurut ABIM jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor dan solat jenazah dijangka diadakan selepas Zohor.

Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama berkata Allahyarham meninggal dunia disebabkan kanser prostat yang sudah lama dihidapinya.

Pada 13 Mei lepas,  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluangkan masa menziarahi Razali di kediamannya di Bangi yang pada ketika itu berada dalam keadaan uzur.

Razali menjadi Presiden ABIM pertama pada 1972 dan telah memperkenalkan sistem usrah sebelum diambil alih oleh Anwar sebagai Presiden ABIM yang kedua pada 1974.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Hutan Pasir, Kelantan dan memperoleh ijazah pertamanya dari Universiti al-Azhar, Mesir pada 1966.

Pada 1971, Razali menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Perbandingan Agama di Universiti Birmingham, United Kingdom seterusnya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1992.

Allahyarham pernah menjadi profesor di Fakulti Undang-Undang, UIAM bermula 1 Sept 1983 hingga 31 Dis 2008 dan dekan fakulti itu yang kini dikenali sebagai Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM dari 1983 hingga 1990. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Perlu Polemik Hadis 40, ‘Memang Hanya Untuk Pelajar Islam!’

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Zahir Rasa Sedih Pemergian Dr Razali Nawawi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

NGO Hak Asasi Manusia Harus Ganding Bahu Tekan Kezaliman Tunisia - ABIM

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

SPI KPM Bersesuaian Malaysia Madani

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia