web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Perlu Polemik Hadis 40, ‘Memang Hanya Untuk Pelajar Islam!’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 9:09AM

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz. gambar Facebook ABIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penghayatan Hadis 40 yang bakal diterapkan untuk pelajar Islam di sekolah tidak seharusnya dipolemikkan kerana ia mengkhusus kepada satu golongan sasaran. 

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, sudah terang lagi bersuluh modul berkenaan hanya dilaksanakan untuk pelajar beragama Islam, justeru tidak ada sebab ia harus menjadi kebimbangan pihak lain.

Menurut beliau, pelaksanaan modul ini bertepatan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara untuk memupuk amalan kesederhanaan yang dianjurkan sebagai nilai hidup, dalam kalangan generasi muda muslim.

“Hadis 40 yang dikumpulkan Imam Nawawi mencakupi penerapan nilai-nilai murni dan akhlak mulia berdasarkan sumber rujukan serta autoriti yang jelas daripada hadis-hadis sahih.

“Ini sekali gus dapat membasmi fahaman melampau dalam beragama daripada berleluasa di negara ini kerana ia tidak disandarkan pada apa-apa autoriti agama yang kukuh,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas bantahan dikemukakan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST), susulan keputusan kerajaan untuk memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara.

Jelas MCCBCHST, langkah memperkenalkan subjek berkenaan di seluruh negara berkemungkinan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Hadis itu jelas sebahagian daripada agama Islam. Nampaknya tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan kita yang membenarkan ajaran Islam sebegitu di sekolah jenis kebangsaan. Ini mungkin dilaksanakan di sekolah agama Islam,” kata majlis berkenaan.

Kerajaan bakal memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara mulai tahun depan. gambar hiasan
Kerajaan bakal memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara mulai tahun depan. gambar hiasan

Menafikan dakwaan majlis, Muhammad Faisal berkata, penerapan modul himpunan hadis 40 Imam Nawawi secara langsung dapat menjadi kunci untuk memastikan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia terus dipelihara.  

“Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan tidak hanya bersifat ritual.

“Sebaliknya tafsiran kepada peruntukan Perlembagaan tersebut adalah meluas mencakupi Islam sebagai agama dan cara hidup sempurna Muslim di Malaysia.

  "Kedudukan Perkara 3 ini sudah pun diperjelaskan melalui penghakiman-penghakiman di Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, MCCBHST jelas cuba campur tangan dalam hal ehwal Islam dalam kalangan pelajar Islam.

Katanya, MCCBHST dilihat seolah-olah mahu Islam di negara ini ditafsir dan dilaksanakan mengikut fahaman dan restu mereka. 

“Kami mahu mengingatkan kepada pihak berkenaan jangan cuba mengganggu dan campur tangan dalam urusan Islam di negara ini. 

“Mereka juga tidak berhak mempersoal usaha pihak berkuasa pendidikan untuk memupuk ilmu dan nilai Islam yang betul kepada pelajar Islam berdasarkan rujukan Islam yang autentik, iaitu Al- Quran dan hadith,” katanya. - Getaran, 25 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kalau Tak Faham Bahasa Arab, Jangan Pandai-Pandai Ulas Hadis - Fathul Bari

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Hadis 40: KPM Sedia Bincang Rungkai Kekeliruan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tentangan GERAKAN Bukti PN Lebih Liberal Dari DAP, ‘Kenapa PAS Diam Saja?’

4

Semasa 1 tahun yang lalu

61 SMKA, 228 SABK Terbabit Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - KPM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia