web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


NGO Hak Asasi Manusia Harus Ganding Bahu Tekan Kezaliman Tunisia - ABIM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 6:29PM

Perkembangan terkini politik di Tunisia menimbulkan kebimbangan serta kegusaran Malaysia. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Badan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia digesa bersatu hati dalam menyelar tindakan zalim dilakukan pemerintah Tunisia bagi menekan suara rakyat. 

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tindakan dilakukan kerajaan negara berkenaan seharusnya dikritik pelbagai pihak di seluruh dunia. 

“Tindakan Presiden Tunisia, Kais Saied menghalang pembangkang, khususnya parti En-Nahda dalam usaha melakukan reformasi politik menerusi tahanan tanpa bicara, adalah tindakan harus dikecam seluruh warga antarabangsa.

“ABIM merujuk kepada tahanan tanpa lunas keadilan undang-undang dilakukan rejim diktator Tunisia Qais Saeed minggu lalu yang masih berkuatkuasa hingga hari ini,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini. 

Malah, katanya, kekejaman berterusan pemerintah Tunisia hari ini, seolah melenyapkan harapan warga dunia yang mahu melihat episod baharu demokrasi di Tunisia. 

 Muhammad Faisal Abdul Aziz - Gambar fail
Muhammad Faisal Abdul Aziz - Gambar fail

Muhammad Faisal menegaskan, ramai yang mahu menyaksikan perkara itu direalisasikan di negara terbabit sejak berlakunya Revoulusi Arab Spring, bermula di Tunisia sejak 2011. 

“Dunia harus ingat bahawa Syaikh Rached Ghannouchi merupakan antara tokoh yang memperjuangkan hak asasi rakyat. 

“Ia dilakukan menerusi lunas demokrasi, di samping beliau menolak penggunaan kekerasan walau dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya. 

Terdahulu, media melaporkan, polis Tunisia menahan pemimpin parti Ennahda itu dalam satu langkah yang menyaksikan peningkatan dalam kempen penangkapan yang menyasarkan ramai penentang berprofil tinggi Presiden Kais. 

Polis menyerbu rumah Ghannouchi pada 18 April lalu dengan menggeledahnya sebelum membawa mantan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Tunisia itu ke destinasi tidak diketahui.

Sementara itu, Malaysia turut menzahirkan kebimbangan serta kegusaran terhadap perkembangan mutakhir politik di Tunisia.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Malaysia mengikuti secara dekat perkembangan semasa di negara berkenaan dan penahanan Ghannouchi.

Zambry berkata, Malaysia berharap perdamaian dan konsensus nasional akan menjadi jalan ke arah membawa kemajuan serta kemakmuran bagi rakyat Tunisia. - Getaran, 28 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Tak Perlu Polemik Hadis 40, ‘Memang Hanya Untuk Pelajar Islam!’

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Zahir Rasa Sedih Pemergian Dr Razali Nawawi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasas Dan Presiden Pertama ABIM, Dr Razali Nawawi Meninggal Dunia

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

SPI KPM Bersesuaian Malaysia Madani

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Politik 23 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad