web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Insiden Rusuh Parit Raja: 20 Individu Ditahan Setakat Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 2:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai 20 individu telah ditahan polis setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh di Parit Raja, Batu Pahat, yang tular dalam laman sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata kesemua lelaki yang ditahan merupakan penduduk setempat, berumur 16 hingga 28 tahun.

“Berdasarkan semakan semuanya tiada rekod jenayah dan kini ditahan reman selama empat hari sehingga 17 Mei,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira 2 pagi semalam di persimpangan Pekan Parit Raja di Kilometer 22.5 Jalan Batu Pahat-Kluang.

“Kumpulan tersebut yang dianggarkan seramai 40 orang telah membuat halangan menggunakan motosikal dan kereta kepada pengguna kenderaan yang melalui jalan berkenaan selama 15 minit bagi menarik perhatian mereka, selain merentang kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ serta membakar suar dan mercun.

“Kain rentang yang sama juga telah dibawa dan digantung di jejantas di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Nan sejurus selepas kejadian,” katanya.

Ismail turut memberitahu siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 144, 269 dan 505 (b) Kanun Keseksaan; Seksyen 8 Akta Bahan Letupan; Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342) dan juga Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan.

Malam tadi, polis memberitahu sudah menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun untuk membantu siasatan, setelah mendapat makluman daripada orang awam mengenai penemuan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ di sebuah jejantas semalam, selain sebuah video menunjukkan perhimpunan, pembakaran suar dan kejadian menaikkan kain rentang tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia