web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Cuaca Panas Ganggu Tumbesaran Ayam Tapi FLFAM Jamin Bekalan Menjelang Aidiladha Mencukupi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 7:09AM

Jeffrey Ng berkata disebabkan suhu tidak menentu, kemungkinan ayam boleh demam jika terlalu panas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) mengakui fenomena cuaca panas melampau ketika ini memberi kesan terhadap tumbesaran ayam di seluruh negara.

Penasihatnya, Datuk Jeffrey Ng berkata, cuaca panas ditambah dengan keadaan lembap tidak menentu akan mengganggu proses penyingkiran haba dari tubuh ternakan itu, menyebabkan ia hilang selera makan.

“Sistem reban terbuka banyak dipengaruhi cuaca semasa seperti yang dihadapi penternak di Johor. Mereka lebih banyak menggunakan kaedah tersebut berbanding sistem reban tertutup yang dilengkapi peralatan moden sehingga mampu memberikan suhu ideal kepada ternakan itu.

“Maka, disebabkan suhu tidak menentu, kemungkinan ayam boleh demam jika terlalu panas. Malah ia tidak bertenaga untuk makan sehingga menjejaskan tumbesaran, tetapi risiko untuk mati itu agak rendah berbanding menggunakan kaedah reban terbuka,” katanya kepada Getaran.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan keadaan itu tidak akan menjejaskan bekalan ayam segar di pasaran, khususnya menjelang sambutan Aidiladha, bulan depan.

“Bekalan tidak menjadi isu menjelang AidilAdha kerana permintaannya berkurangan sedikit berbanding daging (lembu). 

“Namun, saiz ayam akan sedikit merosot. Kalau dulu boleh capai anggaran sehingga 2.2 ke 2.4 kilogram (kg), sekarang mungkin hanya seberat 2 kg sahaja,” katanya.

Jeffrey berkata, tumbesaran ayam yang terjejas menyebabkan penternak mengalami kerugian kerana saiznya tidak mengikut standard ditetapkan sebelum dijual kepada orang ramai.

“Ia juga akan memberi kerugian kepada peniaga sekiranya sebelum ini menjual nasi ayam dengan saiz besar bagi menarik pelanggan.

“Ketika ini perkara itu sukar dilakukan, namun ia tidak menjejaskan semua bekalan ayam di Malaysia,” katanya.

Mengulas mengenai kaedah reban tertutup yang disarankan kerajaan negeri, Jeffrey menegaskan, ia menelan kosyang tinggi sehingga tidak mampu dilaksanakan kebanyakan penternak ayam.

Katanya, ia juga kaedah jangka panjang dan pendekatan terbaik bagi mengawal suhu persekitaran dalam reban sekiranya negara dilanda cuaca panas melampau.

Sehubungan itu, Jeffrey berharap agar kerajaan Persekutuan dan negeri melaksanakan perbincangan bersama membabitkan pelbagai pemegang taruh agar ia mampu dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.

Malah beliau juga mendesak karenah birokrasi ditamatkan bagi memudahkan penternak menukar ladang mereka kepada sistem reban tertutup.

“Kerajaan negeri minta kita tukar dari kaedah reban terbuka kepada tertutup. Tetapi untuk mendapatkan kebenaran merancang bagi mengusahakan sistem itu walaupun di ladang sama sukar, selain kosnya yang amat tinggi.

“Macam mana kita mahu kekalkan jualan ayam murah kepada rakyat jika kita ditekan begini.  Disebabkan isu ini, penukaran reban ayam tertutup lambat direalisasikan. Jadi inilah sebenarnya permasalahan pokok yang perlu diselesaikan pelbagai pihak khususnya, kerajaan negeri,” katanya.

Sistem reban terbuka banyak dipengaruhi cuaca semasa, menyebabkan penternak terpaksa menyiram reban dan ternakan unggas mereka dengan air beberapa kali sehari, bagi mengelakkan tumbesaran ayam terjejas akibat kepanasan atau lebih teruk mati.
Sistem reban terbuka banyak dipengaruhi cuaca semasa, menyebabkan penternak terpaksa menyiram reban dan ternakan unggas mereka dengan air beberapa kali sehari, bagi mengelakkan tumbesaran ayam terjejas akibat kepanasan atau lebih teruk mati.

Terdahulu, Setiausaha Persatuan Penternak Unggas (Kecil dan Sederhana) Negeri Johor, Lau Ka Leng mendedahkan kira-kira 80 peratus ladang ternakan ayam di seluruh Johor, didakwa terkesan akibat fenomena cuaca panas melampau ketika ini.

Menurutnya, ia berikutan kira-kira 400 ladang ayam di negeri ini daripada keseluruhan 500 ladang masih menggunakan sistem ternakan ayam tradisional yang mengamalkan sistem reban terbuka.

Katanya, sistem reban terbuka banyak dipengaruhi cuaca semasa, menyebabkan penternak terpaksa menyiram reban dan ternakan unggas mereka dengan air beberapa kali sehari, bagi mengelakkan tumbesaran ayam terjejas akibat kepanasan atau lebih teruk mati.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menerusi kenyataan kepada Getaran menyarankan penternak reban terbuka agar memantau ternakan lebih rapi, tetapi tidak banyak intervensi boleh dilakukan kecuali bertukar kepada sistem reban tertutup.

Bagaimanapun, sebagai alternatif, menurutnya, penternak perlu memantau sumber air dan memastikan bekalan sentiasa cukup bagi semua ayam diternak itu.

“Bagi penternak reban tertutup pula, kita menggesa mereka untuk memerhatikan secara rapi tingkah laku ayam kerana dibimbangi unggas tersebut mengalami kesejukan ketara.

“Jika ayam menunjukkan ciri-ciri seperti suka berkumpul dan berkerumun di bawah alat pemanas, maka suhu perlu ditambah untuk membuatkan keadaan reban menjadi nyaman,” katanya.

Jelasnya lagi, terdapat hampir 300 ladang ternakan ayam di seluruh negara ketika ini dengan lebih 65 juta ekor merupakan jenis ayam penelur, manakala hampir 189 juta lagi ayam pedaging.

“Kita nasihatkan penternak ayam di seluruh negara agar berwaspada susulan Malaysia mengalami cuaca panas terik sehingga menyebabkan ayam diternak, khususnya di reban terbuka hilang selera makan, sekali gus menjejaskan tumbesaran unggas itu.

“Status bekalan juga sentiasa diteliti secara berterusan dari semasa ke semasa selain program intervensi yang dibantu oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),” katanya. - Getaran, 25 Mei 2023




 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan