web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas Maut, Kereta Bertembung Lori

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2021 12:09PM

Mangsa berusia 72 tahun itu maut di lokasi kejadian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki warga emas maut apabila kenderaan yang dipandunya merempuh sebuah lori di Jalan Mawar, berhampiran Kampung Sri Menanti, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.18 petang itu, mangsa berusia 72 tahun itu maut di lokasi kejadian, selepas terlanggar lori yang diparkir di tepi jalan.

Difahamkan, sebelum kejadian, pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun sedang dalam perjalanan ke Kampung Sri Menanti dari Taman Sentosa,  dan berhenti seketika di lokasi kejadian untuk membuang sampah.

Ketika sedang membuang sampah, lelaki itu terdengar dentuman kuat sebelum melihat lori miliknya dirempuh sebuah kereta dari arah hadapan.

Menurutnya, seorang lelaki dilihat tidak sedarkan diri dalam kereta dari jenis Proton Saga itu.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau dan bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian, sebaik keputusan ujian saringan COVID-19 diperoleh,” katanya.

Pemandu lori tersebut turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 15 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia