web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Kecewa Dengan PBB, Tuntut Tindakan Tegas - PM Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 May 2021 5:38PM

Malaysia akan berusaha untuk menyeru Majlis Keselamatan PBB untuk memaksa Israel menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghentikan serta-merta kekejaman Israel ke atas Palestin yang merupakan satu jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.

Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan serangan rejim Israel ke atas Palestin merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam PBB.

Namun beliau kesal sehingga kini Majlis Keselamatan PBB belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi terkini di Palestin yang telah mengorbankan 119 rakyat Palestin dan mencederakan ratusan yang lain lantaran bangkangan daripada Amerika Syarikat.

“Walaupun begitu Malaysia akan terus berusaha menyeru komuniti antarabangsa terutamanya Majlis Keselamatan PBB untuk bertindak segera bagi memaksa Israel menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin,” katanya dalam perutusan khas mengenai isu Palestin yang disiarkan Bernama TV dan stesen penyiaran lain hari ini.

Muhyiddin menegaskan sesungguhnya perbuatan keji lagi terkutuk tentera Israel ini, khususnya pengeboman, pembedilan dan pemusnahan harta benda, tanpa sebarang timbang rasa dan belas kasihan mesti dikecam sekeras-kerasnya seluruh dunia.

Muhyiddin berkata pandangan sama dikongsi Presiden Indonesia Joko Widodo melalui perbincangan melalui telefon dengannya hari ini apabila kedua-duanya bersetuju tindakan ganas rejim Israel harus dihentikan serta merta dan komuniti antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan PBB perlu bertindak segera.

“Dalam hal ini, Malaysia akan menerajui bersama-sama Indonesia dan Brunei untuk mengeluarkan satu kenyataan bersama bagi mengutuk sekeras-kerasnya serangan zalim rejim Israel ke atas Palestin,” katanya.

Selain itu, perdana menteri berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut akan mengadakan Mesyuarat Tergempar Terbuka secara maya Jawatankuasa Eksekutif OIC di peringkat Menteri-menteri Luar untuk membincangkan perkembangan terkini di Palestin yang dijangka berlangsung esok.

Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim Zionis Israel kali ini ke atas rakyat Palestin bermula dengan serangan di Masjid Al-Aqsa sejak 7 Mei lepas diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin lepas.

Sejak itu, sehingga kini dilaporkan lebih 119 rakyat Palestin telah terkorban dan beratus-ratus lagi cedera.

Berkongsi rasa hiba Malaysia dengan nasib rakyat Palestin Muhyiddin berkata perkembangan terkini yang sedang berlaku di sana diikuti rapat Malaysia terutama serangan-serangan tidak berperikemanusiaan rejim Israel di Semenanjung Gaza serta kezaliman yang dilakukan keatas rakyat Palestin di Tebing Barat.

“Serangan yang zalim dan sangat keterlaluan ini amat meresahkan umat Islam apatah lagi ia berlaku di bulan suci Ramadan yang mulia dan berlanjutan hingga bulan Syawal, tatkala umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut Hari Raya Aidilfiri,” katanya.

Perdana menteri turut mengulangi pendirian berprinsip Malaysia yang sentiasa konsisten memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya samada dari segi politik, ekonomi, dan moral dan berpendapat penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui rundingan.

Beliau berkata Malaysia menyokong penyelesaian yang adil dan saksama melalui Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution berdasarkan garis sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel.

Malaysia akan terus menyokong segala usaha demi mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan, khususnya menerusi rundingan melibatkan pihak-pihak yang berkaitan, berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi PBB yang berkaitan, katanya.

“Saya percaya, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas Palestin dan menolak sekeras-kerasnya tindakan keji rejim Israel ke atas rakyat Palestin.

“Demi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kita kepada Palestin kita mesti bersepakat menjelaskan kepada seluruh dunia akan pendirian Malaysia terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Israel ke atas rakyat Palestin,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia