web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tersangkut Mesin Pengisar, Pekerja Hilang 5 Jari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 May 2021 8:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pekerja wanita di kilang keropok ikan dekat Kampung Chendor, di sini, hilang lima jari selepas tangan kirinya tersangkut pada mesin pengisar dalam kejadian tengah hari tadi.

Difahamkan insiden tersebut berlaku ketika mangsa berusia 20 tahun sedang melakukan tugasan rutin memasukkan ikan ke mesin berkenaan bagi proses penghasilan keropok.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah hari dan meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Terengganu untuk ke lokasi kejadian memandangkan balai berkenaan paling hampir dengan kilang itu.

“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng kemudiannya menyertai operasi menyelamat mangsa.

“Memandangkan keadaan kilang yang agak sempit dan menyukarkan operasi mengeluarkan tangan mangsa dari mesin itu, kami terpaksa membuka tapak mesin pengisar terbabit dan membawanya bersama mangsa ke Hospital Kemaman.

“Sebaik tiba di Hospital Kemaman, petugas hospital membius mangsa yang sudah kehilangan banyak darah untuk memudahkan operasi mengeluarkan tangan mangsa yang tersangkut dalam mesin berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas operasi selesai dan ditempatkan di Hospital Kemaman bagi tujuan pemantauan dan rawatan susulan. - Getaran, 15 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia