web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keselamatan Sosial Pekerja E-Hailing, Kerajaan Rancang Wujud Akta - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 4:11PM

Ahmad Zahid berkata perlindungan juga harus diberikan kepada pekerja e-hailing bukan sahaja dari segi insurans, tetapi melibatkan faedah dan manfaat untuk mereka. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Kerajaan merancang mewujudkan akta bagi menjamin keselamatan sosial kepada golongan pekerja ekonomi gig membabitkan pekerja e-hailing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar supaya penggubalan akta berkenaan diperhalusi bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pihak majikan serta pekerja.

Beliau berkata perkara itu akan mengambil masa agak panjang kerana ia melibatkan Jabatan Peguam Negara, input daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan yang terlibat dengan industri e-hailing.

“Jika ada akta ini pun, saya fikir ia mesti memuaskan hati semua pihak. Yang penting, asasnya ialah jaminan masa depan mereka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2023 Negeri Perak di Hutan Melintang, di sini hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perancangan kerajaan mewujudkan akta berkenaan berdasarkan kepada ucapan perasmian yang menyatakan beliau telah meminta Sivakumar untuk merancang satu akta khas melibatkan pekerja e-hailing.

Dalam pada itu, beliau berkata perlindungan juga harus diberikan kepada pekerja e-hailing bukan sahaja dari segi insurans, tetapi melibatkan faedah dan manfaat untuk mereka.

“Kita harus memperkukuhkan (akta yang akan diwujudkan itu) kerana ini (ekonomi gig) adalah bidang baharu, terutamanya selepas pandemik (COVID-19) apabila ada yang terpaksa berhenti kerja, ada juga yang diberhentikan. 

“Jadi reskilling ini harus dilakukan dan kita mesti menjuruskan mereka kepada bidang bersesuaian dengan kelulusan, pengalaman mereka supaya satu jaminan sosial dan keselamatan dapat diberikan kepada mereka,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan juga akan menyelaraskan gaji dengan jenis pekerjaan dilakukan supaya pendapatan diterima pekerja adalah setimpal dengan kerja dilakukan.

Menurutnya terdapat banyak peluang pekerjaan dalam negara, namun pencari kerja sering memilih untuk mendapatkan pekerjaan kolar putih (melibatkan pentadbiran, pengurusan) berbanding kolar biru (melibatkan angaranya industri pembinaan, perniagaan).

“Kita akan mengkoordinasi perkara ini agar mereka yang menerima latihan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) umpamanya, kerajaan negeri Perak mengambil inisiatif untuk (gaji minimum) dimulakan sekurang-kurangnya RM1,800, dan ini adalah satu langkah yang baik,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Yang Cuba Samun Pemandu E-Hailing Didakwa Esok

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rangka ‘Blue Print’, Tubuh Badan Khas Kawal Selia Pekerja E-Hailing, P-Hailing

3

Semasa 1 tahun yang lalu

MOT Seboleh-Bolehnya Tidak Mahu Campur Tangan Isu Kadar Tambang Lantai E-Hailing

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Had Usia Teksi, E-Hailing Dilanjutkan Kepada 15 Tahun - Loke

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pelawak, Isteri Direman 2 Hari Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat Dalaman IPD

oleh Wartawan Getaran