web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 1:14PM

Tertuduh yang berusia 20 tahun itu mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BESAR - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita hamil minggu lepas.

Tertuduh yang berusia 20 tahun itu mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun di Jalan Benteng Laut, Jalan Sungai Limau, di sini pada kira-kira 8.30 malam, 22 Mei, sehingga 8 pagi 23 Mei lepas. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.  

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Selangor Ku Hayati Ku Haron manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Anuar Kashim dan Muhammad Nor Tamrin.

Khairul Anuar memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin namun Majistret Siti Hajar berkata beberapa dokumen perlu diserahkan oleh pihak pendakwaan kepada mahkamah terlebih dahulu.

Siti Hajar menetapkan 3 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, tertuduh yang memakai kemeja-T kuning tiba di pekarangan mahkamah diiringi beberapa anggota polis dari Jabatan Penyiasatan Jenayah (CID) pada 8.55 pagi.

Media sebelum ini melaporkan perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini, 22 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias dilaporkan berkata suspek yang merupakan bekas penuntut kolej membawa mangsa menaiki kereta dan bertengkar dengan wanita itu, sebelum mangsa dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 17 jam yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan