web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Siasat Dakwaan KP Pendidikan Tinggi Langgar SOP PKP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 12:54PM

Datuk Dr Husaini Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat dakwaan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menghadiri majlis penyampaian sumbangan dan jamuan Hari Raya Aidilfitri di sebuah universiti awam, Khamis lepas. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Mohd Rosdi Daud berkata siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan polis berikutan artikel yang dikeluarkan sebuah portal berita semalam, berhubung kejadian itu.

Beliau berkata artikel berkenaan mendakwa Husaini melanggar SOP pada majlis yang diadakan di Kolej Kediaman 13 universiti itu.

“Program itu melibatkan kehadiran mahasiswa dan pihak pengurusan universiti berkenaan serta gambar mereka dimuat naik di media sosial,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata siasatan dilakukan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP PKP yang boleh dikompaun sebanyak RM2,000 ke atas pengunjung dan RM10,000 ke atas penganjur, jika sabit kesalahan.

Kertas siasatan berhubung kejadian itu akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada kadar segera, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia