web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Kesesakan Luar Biasa Di Plaza Tol Gombak - PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 12:20PM

Kesesakan di Plaza Tol Gombak adalah berpunca daripada sekatan jalan raya oleh IPD Gombak. - Gambar LLM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan berlaku kesesakan luar biasa di Plaza Tol Gombak dari Pantai Timur menghala ke ibu negara seperti yang berlaku seperti sambutan perayaan Aidilfitri sebelum ini.

Kesesakan sepanjang tiga kilometer itu sebaliknya berpunca daripada sekatan jalan raya oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan 12 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner (ACP) Tarifai Tarawe berkata, beliau berada di Plaza Tol Gombak bermula jam 5 petang semalam sehingga jam 1 pagi tadi bagi memantau sekatan jalan raya yang dilakukan pegawai dan anggotanya.

Katanya, pemeriksaan teliti dilakukan ke atas setiap kenderaan bagi meneliti kesahihan dokumen rentas negeri, menyebabkan kesesakan sejauh tiga kilometer di lokasi terbabit.

“Kebanyakan pengguna lebuh raya itu memiliki dokumen rentas negeri yang sah, dengan urusan balik ke universiti dan institusi pendidikan paling banyak melalui sekatan jalan raya berkenaan.

“Bagaimanapun, polis mengeluarkan 22 kompaun dengan denda sebanyak RM5,000 setiap satu diberikan terhadap mereka yang tidak memiliki dokumen rentas negeri,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Menurutnya, kesesakan yang berlaku tidaklah serius berbanding cuti perayaan tahun-tahun sebelumnya.

“Kesesakan yang berlaku hanya lebih kurang tiga kilometer sahaja itu pun disebabkan sekatan jalan raya.

“Kebiasaannya pada musim perayaan, kesesakan yang berlaku boleh mencapai sehingga 20 ke 30 kilometer walaupun tiada sekatan jalan raya dibuat,” katanya.

Hari ini, seorang pengguna Facebook dengan nama Zulhafidz Yahaya membuat hantaran beberapa keping gambar kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Gombak dengan dakwaan Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur sesak teruk.

Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen yang marah terhadap pengguna lebuh raya berkenaan kerana masih giat merentas negeri walaupun PKP dikuatkuasakan. – Getaran, 17 Mei 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia