web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Atasi Segera Defisit Keyakinan Rakyat, COVID-19 Semakin Parah - Syahredzan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 5:46PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian terhadap defisit keyakinan rakyat terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan berkata, pelaksanaan PKP 1.0 tahun lalu menyaksikan kepatuhan tinggi rakyat terhadap semua SOP ditetapkan, hingga membolehkan negara mencatat satu angka untuk jumlah kes COVID-19.

Bagaimanapun katanya, tahap kepatuhan itu semakin berkurangan selepas setahun negara dibelenggu ancaman COVID-19, malah sejumlah besar rakyat mula mencari jalan untuk mengingkari semua peraturan ditetapkan.

“Tidak dinafikan fenomena ‘COVID Fatigue’ mungkin memain peranan, namun ia juga disumbangkan oleh kehilangan kepercayaan terhadap SOP dan PKP yang dilaksanakan kerajaan.

“Isu melatari SOP terlalu caca marba dan sering bertukar, menyebabkan ia sering dilihat sebagai membawa mixed message daripada kerajaan, belum lagi isu antara dua darjat dalam pelaksanaan peraturan,” katanya.

Syahredzan berkata, defisit keyakinan pada undang-undang dan peraturan dikuatkuasakan ini menyebabkan tahap kepatuhan terhadap SOP dan PKP di kalangan rakyat akan semakin berkurangan.

Lebih parah lagi, kegagalan kerajaan untuk menangani isu defisit keyakinan terbabit akan menjejaskan usaha semua pihak menangani wabak COVID-19.

“Kerajaan tidak boleh memandang enteng terhadap defisit keyakinan ini kerana undang-undang dan peraturan yang paling sempurna pun tidak akan berjaya tanpa keyakinan serta kepercayaan rakyat.

“Oleh itu, kerajaan digesa untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan melaksanakan SOP berdasarkan data dan sains, memberi mesej jelas, konsisten serta terbuka mengenai situasi pandemik dalam negara, selain memastikan tidak ada lagi isu antara dua darjat dalam melaksanakan SOP dan PKP,” katanya. – Getaran, 17 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia