web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Henti Tajaan Biasiswa Bukan Penyelesaian Solid Isu Lambakan Graduan Perubatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jun 2023 9:18PM

Kementerian Kesihatan (KKM) seharusnya menjalankan semakan menyeluruh dan komprehensif ke atas keperluan sedia ada, khususnya dari aspek sumber manusia untuk sektor kesihatan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberhentian program tajaan biasiswa kepada pelajar perubatan, pergigian dan farmasi di institut pengajian tinggi (IPT) bukan penyelesaian terbaik untuk menangani isu lambakan graduan dalam bidang tersebut.

Jurucakap Pertubuhan Malaysian Medics International (MMI) berkata, tindakan itu akan melemahkan lagi sistem penjagaan kesihatan negara, yang telah mengalami perubahan ketara sejak pandemik COVID-19. 

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Kementerian Kesihatan (KKM) seharusnya menjalankan semakan menyeluruh dan komprehensif ke atas keperluan sedia ada, khususnya dari aspek sumber manusia untuk sektor kesihatan. 

"Tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghentikan penajaan kepada pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi hanya mengambil kira dari sudut unjuran lebihan pegawai perubatan dalam tempoh 2026 hingga 2030. 

"Ia bukan menjurus kepada keperluan semasa sektor kesihatan ketika ini. Keputusan awal JPA itu juga gagal mengambil kira pengurangan pegawai perubatan di seluruh negara di hospital utama, daerah serta klinik kesihatan awam dalam beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.

Jelas jurucakap itu, JPA diminta mempertimbangkan penyelesaian pampasan bagi keputusan awal menghentikan biasiswa untuk program berkaitan perubatan, kerana ia berpotensi menghalang pemohon berminat.

“Walaupun keputusan itu (henti tajaan) ditarik balik, tiada tanda-tanda pemohon yang berminat dibenarkan untuk memohon biasiswa JPA bagi program berkaitan perubatan, kerana tarikh akhir permohonan kekal pada 2 April 2023.

“Mendapatkan biasiswa untuk mengikuti program berkaitan perubatan akan menjadi satu-satunya cara pembiayaan seseorang kerana kekangan kewangan peribadi.

“Oleh itu, kami memohon pihak berkuasa yang berkaitan mempertimbangkan semula pendirian mereka dan membolehkan individu yang layak memohon semula biasiswa atau mewujudkan portal alternatif, bagi membolehkan golongan terbabit mendapatkan biasiswa berkaitan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata, kerajaan akan meneruskan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di bawah JPA berdasarkan situasi semasa, kerana masih terdapat keperluan tenaga kerja bagi semua sektor terbabit di seluruh negara.

Menurutnya, keputusan tersebut wajar dikaji semula berdasarkan unjuran yang memperlihatkan bahawa keperluan pegawai dalam sektor perubatan, pergigian dan farmasi masih lagi di peringkat kritikal.

Katanya, keputusan KKM menghentikan penajaan JPA dalam tiga bidang berkenaan yang diumumkan di Parlimen kelmarin, dibuat mengikut dasar terdahulu.

Kelmarin, JPA membuat keputusan mengejut untuk menghentikan tajaan kepada pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi dengan alasan permintaan terhadap tenaga kerja di bidang tersebut sudah mencukupi.

Keputusan itu dibuat berdasarkan Laporan Petunjuk Kesihatan 2022 yang mencatatkan pencapaian nisbah jumlah keperluan tenaga kerja perubatan seluruh negara dengan populasi penduduk sehingga Disember 2021 ialah 1:420.

Laporan berkenaan juga menjangkakan dan nisbah 1:400 mampu dicapai pada 2025.

Seramai 1,774 pelajar perubatan tajaan JPA dijangka menerima ijazah masing-masing tahun ini, diikuti oleh 69 pelajar pergigian serta 296 pelajar farmasi manakala seramai 2,029 pelajar perubatan, 68 pelajar pergigian dan 184 pelajar farmasi yang lain akan menerima ijazah mulai 2024 hingga 2027. – Getaran, 12 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka