web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tunggang Motosikal Secara Berbahaya, 5 Mat Rempit Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 7:32PM

Salah seorang daripada lima pemuda yang ditahan polis dalam Operasi Samseng Jalanan (Mat Rempit) di Johor Bahru, malam tadi. - Gambar ihsan IPD JBS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gambar Ihsan IPD JBS

JOHOR BAHRU - Padah membuat pelbagai aksi merbahaya ketika menunggang motosikal di jalan awam, lima pemuda ditahan polis malam tadi.

Kesemua mereka ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan (Mat Rempit) yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) di sekitar Jalan Skudai-Pantau Lido di sini. 

Operasi yang membabitkan seorang pegawai dan tujuh anggota itu diadakan dua hari bermula 8.30 malam kelmarin dan berakhir 9 malam tadi. 

Ketua Polis Daerah JBS, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Padzli Mohd Mohd Zain berkata, operasi terbabit berjaya menahan, lima lelaki termasuk remaja ditahan berusia antara 16 hingga 23 tahun. 

"Lokasi yang mana kita jalankan operasi ini sudah dikenal pasti sebagai lokasi panas (hot spot) bagi golongan penunggang motosikal untuk melakukan aksi berbahaya. 

"Antara aksi berkenaan termasuk melakukan wheely, menunggang secara zig-zag serta pelbagai aksi lain yang merbahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain," katanya dalam hari ini. 

Beliau berkata, pemeriksaan juga mendapati empat daripada lima yang ditahan itu tidak memiliki lesen.

Katanya, operasi sama turut menyita lapan motosikal dan sebuah kereta, selain mengeluarkan 15 keping saman Pol.257 untuk 26 kesalahan.

"Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah kesalahan lesen dan ubah suai struktur kenderaan atau ekzos," katanya.

Mohd Padzli menarik perhatian, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda antara RM5,000 sehingga RM15,000 selain penjara wajib antara sehari sehingga lima tahun. 

Pada masa sama beliau berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi seumpama itu bagi mencegah kegiatan samseng jalanan di sekitar daerah JBS.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan aktiviti yang melanggar peraturan lalu lintas dan sekiranya terdapat maklumat berkaitan lumba haram, ia hendaklah disalurkan kepada pihak polis.

"Kita tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemandu atau penunggang yang terlibat dengan aktiviti lumba haram," katanya.  – Getaran, 17 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia