web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kontak Rapat COVID-19, Khairy Jalani Kuarantin Kendiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 May 2021 6:56PM

Khairy Jamaluddin

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin terpaksa melaksanakan perintah berkurung dan berkerja dari rumah selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat COVID-19.

“Saya sedang dikuarantin dan harus berkerja dari rumah selama 10 hari kerana saya telah dikategorikan sebagai kontak rapat oleh @KKMPutrajaya (Kementerian Kesihatan). Saya telah buat ujian PCR dan keputusannya negatif.

“Saya akan memaklumkan kepada anda jika status saya berubah kerana saya telah bertugas sebagai seorang sukarelawan di PPV WTCKL (Pusat Pemberian Vaksin Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) hujung minggu lalu,” kata Khairy menerusi ciapannya di Twitter.

Beberapa jam sebelum membuat hantaran Twitter tersebut, Khairy yang merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, sudah memaklumkan kepada pihak media mengenai keadaan beliau dalam satu sidang media atas talian.

Beliau juga sempat bergurau senda dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, sambil menunjukkan gelang tangan merah jambu yang wajib dipakai oleh individu dalam kuarantin  mereka sambil menunggu keputusan ujian COVID-19 kali kedua.

“Awak yang buat ini kepada saya,” seloroh Khairy kepada Dr Adham.

Gurauan berkenaan berkenaan turut dibalas oleh Dr Adham yang berkata, beliau juga akan melalui situasi sama jika Khairy disahkan positif COVID-19.

“Kalau awak positif, saya pun kena juga (kuarantin dan pakai gelang) nanti," katanya. – Getaran, 17 Mei, 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia