web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Buka Pembelian Vaksin Untuk Syarikat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 1:33PM

Selangor membenarkan majikan membeli vaksin COVID-19 daripada kerajaan negeri untuk diberikan kepada pekerja. - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selangor menjadi negeri pertama yang membenarkan majikan membeli vaksin COVID-19 daripada kerajaan negeri untuk diberi kepada pekerja, sebagai usaha menangani penularan wabak.

Exco Hal Ehwal Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, majikan yang berminat untuk membuat pembelian vaksin itu boleh berbuat demikian melalui aplikasi SELANGKAH kelolaan kerajaan negeri.

“SELANGKAH telah membuka pendaftaran permohonan kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mendapatkan vaksin buat pekerja mereka,” katanya.

Pada Januari lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan hasratnya untuk membeli lima juta vaksin dan telah meluluskan RM100 juta bagi tujuan tersebut Mac lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika itu dilaporkan berkata, Selangor dijangka mendapat vaksin itu pada akhir Mei atau awal Jun.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jenama vaksin berkenaan, dan hanya memberitahu, ia tergolong dalam lima jenama yang sudah diluluskan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Amirudin turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menyediakan lebih banyak katil dan peralatan untuk unit rawatan rapi (ICU) di Selangor.

“Sejumlah 300 katil dan wad ICU akan disediakan, termasuk tambahan 1,300 katil di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS),” katanya.

MAEPS ketika ini menampung jumlah pesakit melebihi kapasiti susulan pertambahan mendadak kes positif COVID-19 di seluruh Selangor. – Getaran, 18 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia