web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dua Sindiket Dadah Tumpas, Sasar Pasaran Indonesia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 1:55PM

Ayob Khan menunjukkan dadah yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Johor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU  - Polis Johor berjaya melumpuhkan aktiviti penyeludupan dadah dilakukan dua sindiket berbeza ketika negara sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebanyak 125 kilogram dadah disyaki syabu dengan nilai keseluruhan RM4.6 juta turut dirampas. 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan pertama pada Rabu minggu lalu, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Johor berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun di Muar.

"Suspek lelaki itu ditahan kira-kira jam 1 petang yang turut memiliki bersama sejumlah dadah disyaki syabu, dan ujian air kencing juga mendapati dia positif methamphetamine,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, tiga lagi serbuan dilakukan di daerah tersebut pada Khamis dan Jumaat lalu, yang menghasilkan tiga tangkapan membabitkan suspek berusia antara 36 hingga 49 tahun, termasuk seorang wanita Indonesia, dipercayai isteri kepada seorang daripada suspek.

Menurut Ayob Khan, mereka yang ditahan adalah dua lelaki tempatan, dengan kedua-duanya turut positif methamphetamine melalui saringan awal air kencing.

“Hasil semakan polis mendapati, mereka turut mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau membabitkan penyalah gunaan dadah.

 "Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan sebuah rumah kampung yang disewa sebagai pusat transit sebelum mengedarkan dadah ini ke negara jiran, dipercayai Indonesia dengan menggunakan jalan laut," katanya.

Ayob Khan menunjukkan gambar suspek sindiket pengedaran dadah pada sidang media di Johor Bahru, hari ini.
Ayob Khan menunjukkan gambar suspek sindiket pengedaran dadah pada sidang media di Johor Bahru, hari ini.

Sindiket pertama menghasilkan rampasan 84 kilogram syabu bernilai dan penyitaan dua kenderaan, membabitkan jumlah keseluruhan RM3.07 juta.

Sindiket kedua jelas Ayob Khan lagi, dikesan Jumaat lalu iaitu pada Aidilfitri kedua, susulan penahanan sebuah kenderaan mencurigakan di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Bakar Bata, yang dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

"Ketika di SJR, sebuah kenderaan mencurigakan dipandu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan dan hasil pemeriksaan turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu.

"Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif methamphetamin selain semakan turut mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah," jelasnya.

Beliau menarik perhatian, suspek menggunakan modus operandi dengan menyembunyikan dadah tersebut dalam but simpanan khas kenderaan bagi mengaburi pihak berkuasa, sebelum dadah terbabit diedarkan ke negara jiran dipercayai ke Indonesia.

Dalam serbuan ini, sebanyak 41 kilogram syabu dirampas dengan polis turut menyita Toyota Camry dan akaun bank, melibatkan nilai keseluruhan RM1.5 juta.

Menurut Ayob Khan, keseluruhan dadah yang dirampas daripada dua sindiket ini sekiranya terlepas ke pasaran, boleh digunakan oleh 628,900 penagih dadah.

Katanya, semua suspek yang ditahan kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambah beliau, dari 1 Januari 2021 hingga 15 Mei lalu, seramai 5,334 suspek ditahan berkaitan 6.5 tan dadah, dengan nilai keseluruhan RM344 juta. – Getaran, 18 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia