web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Penunggang Wanita Maut Motosikal Terbabas Rempuh Lori

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 10:25AM

Mangsa berusia 36 tahun yang menunggang Yamaha Y15ZR maut di tempat kejadian, manakala mangsa berusia 38 tahun dan menunggang Yamaha Y16ZR meninggal dunia ketika menerima rawatan - Gambar Facebook Kemalangan Jalan Raya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua penunggang wanita maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum merempuh sebuah lori di Jalan Gunung Pulai dekat Kulai semalam. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Supt Yusof Othman berkata kemalangan yang dipercayai berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang licin berikutan hujan itu berlaku pada pukul 12 tengah hari.

Beliau berkata mangsa berusia 36 tahun yang menunggang Yamaha Y15ZR maut di tempat kejadian, manakala mangsa berusia 38 tahun dan menunggang Yamaha Y16ZR meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Kedua-dua motosikal dibawa mangsa hilang kawalan semasa di selekoh jalan tersebut, sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh lori jenis Volvo tersebut.

Mangsa berusia 36 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah, manakala mangsa 38 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai,” katanya pada kenyataan.

Yusof bagaimanapun berkata pemandu lori terbabit yang merupakan lelaki berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu video yang memaparkan kemalangan membabitkan dua wanita yang masing-masing menunggang motosikal itu turut tular di media sosial. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan