web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Rakyat Filipina Disyaki Anggota Abu Sayyaf Ditembak Mati

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 3:23PM

Antara senjata yang dirampas dalam insiden tembakan di kawasan hutan paya berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seramai lima lelaki dipercayai anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf ditembak mati dalam insiden tembakan di kawasan hutan paya berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.27 pagi itu, semua suspek yang berusia antara 20-an hingga 40-an maut di lokasi kejadian.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, terdahulu berkata, sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) membuat pemeriksaan ke atas dua buah rumah di penempatan haram di situ.

"Sebaik anggota polis mengetuk pintu dan memperkenalkan diri, seorang lelaki bertindak membuka pintu dan melepaskan tembakan ke arah polis secara tiba-tiba.

"Dalam masa sama, beberapa lagi suspek turut bertindak melepaskan tembakan dan cuba menyerang pihak berkuasa menggunakan parang," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Tambahnya, polis terpaksa membalas tembakan ke arah suspek bagi tujuan mempertahankan diri.

"Sebaik keadaan terkawal, lima lelaki berjaya ditumpaskan dengan dua daripadanya menggunakan senjata api jenis pistol, manakala tiga lagi menggunakan parang.

"Semua suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu dipercayai adalah warga Filipina dan anggota kumpulan Abu Sayyaf," katanya.

Polis jelas beliau lagi, turut merampas dua pucuk pistol jenis semi-auto Colt.45, dua pucuk senapang, 20 butir peluru hidup, kelongsong peluru dan tiga bilah parang.

Terdahulu, Hazani mengesahkan penempatan haram itu adalah lokasi sama berlaku serbuan pada 8 Mei lalu yang menyaksikan penahanan lapan anggota Abu Sayyaf  bersama 25 pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Hasil siasatan mendapati, seorang daripada suspek yang ditembak mati adalah adik kepada seorang daripada tangkapan pertama pada 8 Mei lalu.

"Semua mayat suspek dihantar ke Hospital Beaufort untuk tujuan bedah siasat," katanya.

Dalam pada itu, Hazani tidak menolak berkemungkinan ada di antara suspek ditembak mati adalah transporter yang membekalkan makanan selepas kawasan berkenaan terputus bekalan sejak serbuan polis pada 8 Mei lalu.

"Dengan kejadian terbaharu itu, saya tidak menolak kemungkinan kita telah berjaya melumpuhkan satu sel kumpulan pengganas di negeri ini.

"Bagaimanapun, saya meminta pasukan keselamatan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar bersedia dengan kemungkinan saki baki kumpulan melakukan serangan balas ekoran kejadian tersebut," katanya. – Getaran, 18 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia