web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Kesan Saksi Kes Cederakan Isteri Sehingga Parah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 8:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencederakan isteri sehingga parah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata individu berkenaan Rosmaini Abd Raof, 38, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar, Kedah dan bekerja sebagai peniaga.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Padzli berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182 323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290 763.

Kelmarin, akhbar berbahasa Melayu melaporkan seorang penjawat awam berumur 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di negeri Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini selepas dipercayai dicederakan suaminya, pada 4 Mei lepas.

Menurut laporan itu, mangsa yang sedang hamil empat minggu mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia