web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Islam Agama Rasmi Bukti Malaysia Negara Islam - Khairuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Jun 2023 9:40AM

Mohd Khairuddin berkata Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan membuktikan bahawa Malaysia sememangnya sebuah negara Islam. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan membuktikan bahawa Malaysia sememangnya sebuah negara Islam.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia diperkukuhkan dengan pengisian dan pembinaan negara yang telah dilangsungkan secara berperingkat oleh pemerintah dan pentadbir Malaysia sehingga hari ini.

Menurut beliau, perincian itu membolehkan Islam berkembang sebagai fundamental kepada amalan hidup bermasyarakat dan bernegara sehingga Malaysia disegani, dipuji dan menjadi rujukan negara Islam yang lain termasuk Liga Arab.

Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin Aman Razali

“Kedudukan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia telah menyediakan tapak yang kukuh untuk Islam berdaulat dan menjadi rujukan dalam pentadbiran negara dan kehidupan bermasyarakat. 

“Kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Negeri-negeri dengan fungsi sebagai Ketua Negara dan Negeri serta Ketua Agama Islam memperkukuhkan lagi tapak Islam bagi negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri itu, segala pengisian bernegara di Malaysia sejak 1948 berasaskan tapak Islam itu adalah perjuangan menobatkan agama berkenaan dari sudut politik pentadbiran bernegara atau Siyasah Syar'iyyah. 

“Dengan itu terbatallah dakwaan golongan yang mendakwa bahawa Malaysia bukan Negara Islam. 

“Begitu juga dakwaan Malaysia sebagai negara sekular juga terbatal kerana Malaysia tidak pernah satu detik berlangsung pentadbirannya secara terpisah dengan Islam malah Islam adalah tapak yang dibina di atasnya pentadbiran bernegara,” katanya.

Tegas beliau, UMNO dalam tempoh yang panjang itu telah berhasil menempatkan diri sebagai pemerintah dan dan pentadbir Malaysia yang konsisten menobatkan Islam dalam pentadbiran. 

“Ia selaras dengan Perlembagaan UMNO dalam Perkara 3.1 yang menjelaskan Asas dan Tujuan penubuhan UMNO iaitu Menegak, Memperrahan dan Mengembangkan Islam sebagai Agama Persekutuan.

“Sumber manusia dalam pentadbiran Malaysia dibangunkan menerusi Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan subjek pengajian dan amalan Islam sebagai subjek teras dan amalan pendidikan,” katanya.

Mohd Khairuddin memberitahu, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam yang diperkenalkan pada 1985 berhasil memperkasakan lagi kedudukan Islam dalam pentadbiran negara di jabatan dan agensi kerajaan.

“Saya catatkan perkara ini kerana ‘perjuangan Islam’ dengan versi yang sempit menjadi modal setengah parti politik dengan tujuan menuduh pihak yang berlawanan sebagai tidak islamik dan tidak memperjuangkan Islam,” katanya, sinis.

Hantaran beliau itu dipercayai merujuk kecaman diterimanya daripada beberapa pemimpin PAS, yang mengingatkan supaya bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu memperbaiki UMNO terlebih dahulu, sebelum bercakap mengenai istilah Islam. - Getaran, 23 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'