web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Sahabat Mandi Di Tali Air Ditemui Lemas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 1:32PM

Mayat kanak- kanak yang lemas di tali air Badrol Azhan Nizam Bachik, 9, ditemui pagi ini oleh pasukan MUST bomba.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Dua kanak -kanak lelaki ditemui lemas di dalam tali air di Kampung Gelam, Tanjung Kling, di sini.

Dalam kejadian kira- kira jam 6 petang semalam, mayat Muhammad Fakrullah Rozami, 9, dijumpai ayahnya ketika cuba menyelamatkan kanak-kanak itu.

Manakala rakannya, Badrol Azhan Nizam Bachik, yang juga 9 tahun, dijumpai pagi ini kira- kira jam 9.35 pagi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.46 malam sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu bersama 20 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebelum kejadian berkenaan, tiga kanak- kanak ini termasuk pasangan kembar berusia sembilan tahun difahamkan bermain di kawasan tali air.

“Menyedari Muhammad Fakrullah lemas, pasangan kembarnya kemudian bergegas meminta bantuan seorang pekebun sebelum individu berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa.

“Bapanya yang tiba kemudian terjun dan mencari anaknya yang lemas, sebelum menemui mayat mangsa sekitar 10 hingga 15 minit kemudian,” katanya.

Zulkhairani memberitahu, kanak-kanak malang itu dibawa ke klinik berdekatan sebelum disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Mengulas lanjut beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat di dalam air oleh pasukan MUST bomba yang disambung pagi tadi berjaya menemui Badrol Azhan berdekatan lokasi kejadian.

“Operasi pencarian yang dilakukan semula di dalam air menemui mayat mangsa berhampiran lokasi Muhammad Fakrullah ditemui kira- kira jam 9.35 pagi.

“Strategi pencarian sejak semalam terbahagi kepada tiga iaitu di air (jam 9 hingga 10 malam), darat (10 malam hingga 7 pagi) dan darat serta air bermula jam 7 pagi hingga 9.35 pagi,” katanya. - Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia