web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Duta Malaysia Syed Md Hasrin Serah Watikah Pelantikan Kepada Jokowi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 7:00AM

Md Hasrin menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Joko Widodo di Istana Merdeka di sini pada Isnin. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Duta baharu Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Joko Widodo di Istana Merdeka di sini pada Isnin.

Pada majlis itu, Syed Md Hasrin menyampaikan salam takzim Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada presiden Indonesia yang juga dikenali sebagai Jokowi.

Jokowi mengucapkan tahniah atas pelantikan sebagai duta baharu Malaysia dan mendoakan beliau berjaya dalam menjalankan tugasnya.

Syed Md Hasrin berkata beliau berhasrat mengukuhkan lagi kerjasama dan hubungan sedia ada antara kedua-dua negara.

“Saya berharap dapat bekerja rapat untuk membawa hubungan Indonesia-Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita di kedutaan Malaysia.

Sementara itu, Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berkata penyerahan tauliah oleh lapan utusan asing termasuk dari Malaysia pada majlis itu akan meningkatkan hubungan dan kerjasama.

Hubungan dua hala Indonesia dengan lapan negara itu pada masa ini sangat baik, bermula dengan perdagangan dan pelaburan, katanya dalam satu kenyataan.

Syed Md Hasrin sebelum ini berkhidmat sebagai wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York sejak 2019 selain pernah berkhidmat di Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Politik dari Universiti Arizona, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Awam dari Universiti Nasional Singapura.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

Ziana Zain Dilantik Sebagai Duta Akademi Perunding Kewangan

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Alyah Duta Jenama Kosmetik Terbaharu TWOMEE 

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini