web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes 1MDB: Peguam Najib Bangkit Isu Kesahihan Tandatangan Pada Arahan Pemindahan Wang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 8:42PM

Najib (tengah) hadir untuk perbicaraan kes yang dihadapinya berhubung dana 1MDB, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membangkitkan isu kesahihan tandatangan pada dokumen penting bank bagi urusan pemindahan berjuta-juta ringgit semasa perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohammad membangkitkan isu tersebut ketika menyoal balas bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman, 49, pada perbicaraan kes bekas perdana menteri itu yang membabitkan penyelewengan dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion.

Wan Aizuddin: Sila lihat tandatangan dalam arahan pemindahan wang membabitkan berjuta-juta ringgit daripada 1MDB Global Investments Limited (1MDB-GIL) kepada beberapa entiti lain. Adakah anda tahu itu tandatangan siapa?

Mohd Hazem: Ya, itu tandatangan Azmi Tahir (Ketua Pegawai Kewangan 1MDB) dan Terence Geh (Pengarah Eksekutif Kewangan). Saya sudah biasa dengan kedua-dua tandatangan.

Wan Aizuddin: Bolehkah anda mengesahkan bahawa semua tandatangan ini serupa? Nampak lekuk, saiz dan bentuknya?

Mohd Hazem: Maksud anda, anda mahu saya membandingkan kesemua tandatangan dalam dokumen ini?

Pada peringkat ini, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib mengemukakan bantahan atas alasan saksi bukan pakar tulisan tangan yang boleh mengesahkan tandatangan itu dan beliau tidak boleh memberikan pandangannya berhubung perkara tersebut.

Wan Aizuddin pula membalas bahawa beliau hanya mahu Mohd Hazem menjawab sama ada saksi itu sudah biasa dengan tandatangan Azmi dan Terence dalam arahan pemindahan tersebut.

Hakim Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes itu berkata soalan peguam tersebut adalah di luar pengetahuan saksi kerana beliau bukan pakar namun pembelaan boleh membangkitkan isu itu di akhir kes pendakwaan.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 3 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia