web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dasar Gaji Progresif Dibentang Dalam MTEN Ogos - Rafizi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 6:00PM

Rafizi Ramli - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kertas dasar mengenai Dasar Gaji Progresif akan dibentang kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Ogos depan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata dasar itu, yang dibangunkan oleh Kementerian Ekonomi dengan Kementerian Sumber Manusia, bertujuan memastikan pertumbuhan gaji rakyat lebih sekata serta inklusif dan mendorong ke arah penjanaan pendapatan lebih baik.

"Ada satu aspek penting iaitu walaupun kerajaan tumpu 100 peratus soal harga barang, tanpa usaha dan inisiatif untuk naikkan gaji rakyat secara setimpal maka masyarakat akan terus bergelumang dengan persoalan kos sara hidup,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Rafizi berkata fokus kepada pertumbuhan gaji rakyat akan menjadi tema utama dalam perancangan ekonomi negara di bawah Rancangan Malaysia akan datang selain membantu menangani kos sara hidup rakyat.

Sementara itu dalam usaha memastikan kelangsungan bekalan makanan, beliau berkata Kementerian Ekonomi melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kini dalam proses pelaksanaan projek pertanian dan pemakanan di tanah milik kerajaan di seluruh negara dengan jumlah keluasan keseluruhan 404.7 hektar (1,000 ekar).

Tanpa memperinci kos keseluruhan projek di bawah Inisiatif Usahawan Tani (Intan) itu, Rafizi berkata berkata usaha tersebut secara tidak langsung akan dapat membantu golongan B40 untuk terlibat dalam pertanian.

Beliau berkata selain penyediaan tanah di bawah model Intan, kerajaan juga akan membantu dalam menyediakan infrastruktur pembinaan contohnya rumah hijau dan pembersihan tanah.

“Ia dijangka memanfaatkan 4,000 penerima kelak dengan nisbah suku ekar atau setengah ekar bagi setiap orang,” katanya sambil menambah model Intan turut melibatkan kerjasama agensi pertanian persekutuan dan negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kedah Agro: Kami Cuma Mahu Gaji, Bukan Nak Jatuhkan Sesiapa

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Gaji Rendah, Sikap Antara Faktor Pegawai, Anggota Polis Terlibat Rasuah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia