web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Lelaki Ditahan Baling Mercun Di Sekatan Jalan Raya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 7:57AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki ditahan selepas bertindak membaling mercun ke arah anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya di Jalan Lebuh Raya Karak, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe dalam kenyataan berkata sebelum kejadian pada kira-kira 10.30 malam itu, anggota polis ternampak kedua-dua suspek berusia 16 hingga 20 tahun itu menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan dan berhenti di tepi jalan berhampiran sekatan jalan raya, yang diadakan sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong, Pahang.

“Tiba-tiba seorang daripada mereka bertindak membakar serta membaling mercun bola ke arah anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya dan terus melarikan diri.

“Polis kemudian mengejar dan menangkap kedua-dua suspek tidak jauh dari sekatan jalan raya. Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui satu paket plastik lut sinar yang mengandungi 14 biji mercun bola bersama satu pemetik api,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya selain 14 biji mercun bola dan pemetik api, pihaknya turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 dan dua topi keledar.

Kedua-dua suspek didapati negatif ujian saringan air kencing dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Arifai berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang dan dibenarkan tahan reman tiga hari mulai semalam hingga 21 Mei (Jumaat) untuk siasatan lanjut,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia