web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Warga Nepal Lemas, Jatuh Tasik Ketika Kutip Bola Golf

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 7:05AM

Seorang lelaki warga Nepal ditemukan lemas selepas disyaki terjatuh ke dalam tasik ketika mengutip bola golf di sebuah kelab golf di Kempas Lama - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Nepal ditemukan lemas selepas disyaki terjatuh ke dalam tasik ketika mengutip bola golf di sebuah kelab golf di Kempas Lama di sini, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Noor Azhan Ahmad berkata Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.38 petang.

"Mangsa yang berusia 27 tahun disyaki terjatuh ke dalam tasik pada pukul 3.50 petang dan ketika kejadian, dia sedang bekerja mengutip bola golf di kawasan tasik tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata pencarian dibuat menggunakan teknik pencarian permukaan dalam radius 3.05 meter  sebelum mangsa dijumpai kira-kira 5.39 petang pada jarak 3.05 meter  dari lokasi terakhir mangsa. 

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya sambil menambah operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.15 petang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Kenal Pasti Identiti 5 Sekeluarga Dihanyutkan Arus Deras Ketika Menjala

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia