web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Falsafah Ibadah Korban Perlu Dihayati, Pupuk Rasa Bersyukur Terhadap Nikmat Allah SWT

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 9:08AM

Ibadah korban membentuk keperibadian umat Islam agar tampil sebagai individu yang cakna dan peduli tentang keberadaan masyarakat kurang berkemampuan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penghayatan falsafah pelaksanaan ibadah korban perlu dihayati oleh setiap umat Islam agar ia dapat dilakukan secara konsisten pada setiap tahun.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi teks khutbah Jumaat semalam berkata, ibadah korban adalah satu amalan untuk memupuk rasa syukur terhadap nikmat kurniaan Allah SWT, khusus dilakukan oleh individu berkemampuan.

Menurut teks itu, korban dijadikan ibadah dalam membangunkan syiar agamaNya dan mendidik semua hamba agar lebih mendekati Allah SWT.

“Mereka yang melaksanakan ibadah korban akan berusaha mencari jalan untuk meraih reda dan rahmat Allah SWT. 

“Oleh itu, sebelum melaksanakan ibadah korban kita perlu berniat dengan ikhlas sebagai cerminan kepada ketakwaan hati,” katanya.

Jelas teks itu, semua umat Islam dituntut untuk memahami falsafah perbuatan secara teliti dan cermat, khususnya dalam perkara yang melibatkan urusan ibadah.

“Setiap amalan harus sentiasa berpaksikan kepada matlamat dan tujuan untuk akhirat semata-mata, seperti ditetapkan oleh Allah SWT walaupun kadangkala pada pandangan manusia ia agak sukar untuk dilakukan. 

“Antara falsafah korban yang dapat dihayati dan difahami adalah ia merupakan manifestasi sikap ketundukan dan keredaan terhadap perintah Allah SWT,” katanya.

Teks itu memberitahu, reda bermaksud melakukan apa sahaja untuk mendapat keredaan Allah dan meninggalkan semua perkara yang dilarang olehNya.

Semua umat Islam dituntut untuk memahami falsafah perbuatan secara teliti dan cermat, khususnya dalam perkara yang melibatkan urusan ibadah. - Gambar oleh Azim Rahman
Semua umat Islam dituntut untuk memahami falsafah perbuatan secara teliti dan cermat, khususnya dalam perkara yang melibatkan urusan ibadah. - Gambar oleh Azim Rahman

Ibadah korban jelasnya, menerapkan dalam jiwa yang luhur agar jangan sesekali terpedaya dan tertipu dengan bisikan syaitan.

“Jarum halus syaitan terus memperdaya manusia dengan jalan supaya sayang kepada harta benda. 

“Semua bisikan jahat ini menjadikan kita cinta atau bimbang untuk melepaskan harta dunia dan akibatnya, ia menjadikan kita bertangguh serta enggan melaksanakan ibadah korban, malah jauh jauh sekali merasa sedih tidak dapat melakukan ibadah korban pada tahun itu,” katanya.

Tegas teks khutbah itu lagi, ibadah korban membentuk keperibadian umat Islam agar tampil sebagai individu yang cakna dan peduli tentang keberadaan masyarakat kurang berkemampuan. 

Katanya, Zulhijah merupakan masa terbaik dan sesuai untuk mendidik diri menjadi lebih prihatin dengan keberadaan saudara seislam yang memerlukan sumbangan dan bantuan. 

“Pelaksanaan ibadah korban dapat membina aura dan impak positif dalam diri dan kehidupan kerana kita dapat meringankan bebanan saudara seIslam yang memerlukan.

“Sudah pasti, tuntutan pelaksanaan ibadah korban banyak mengandungi hikmah yang tersurat lagi tersirat,” katanya.

Tambah teks khutbah itu, terdapat beberapa hikmah di sebalik tuntutan pelaksanaan ibadah korban yang menjurus kepada kebaikan dalam masyarakat.

“Antara lain, ia memberi kegembiraan kepada orang lain kerana daging korban dapat dimakan oleh golongan fakir miskin dan golongan sasaran lain seperti ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta asnaf yang tinggal di penempatan berdekatan dan menantikan sumbangan daging korban. 

“Apabila agihan dapat dilakukan secara betul, bermakna kita telah melaksanakan kebaikan dan kebajikan yang dianjurkan oleh Allah dengan menggembirakan orang lain yang lebih susah.

“Secara tidak langsung pelaksanaannya dapat merapatkan hubungan antara pemberi dan penerima korban, bahkan membuatkan hubungan sesama komuniti serta masyarakat setempat lebih mesra,” katanya.

Pelaksanaan ibadah korban ujar teks itu lagi, turut mempunyai kepentingan dari aspek sosial yang boleh diterjemahkan melalui agihan daging korban secara gotong-royong dalam kalangan komuniti dan masyarakat. 

“Dengan semangat bantu-membantu ini, ia dapat membina ukhwah sesama Muslim hingga terjalin ukhuwah sesama masyarakat. 

“Pelaksanaannya juga merupakan landasan terbaik bagi umat Islam untuk mengetepikan fahaman politik, memupuk semangat kesepaduan umat Islam serta menambah semangat setia kawan dan memupuk sika kepedulian terhadap masyarakat,” katanya. 

Teks itu memberitahu, ibadah korban juga berfungsi membangkitkan kesedaran untuk sentiasa membelanjakan harta dan berkorban demi meninggikan syiar agama Allah.

“Pelaksanaan ibadah korban dapat mengikis sifat tamak dan melahirkan sifat bermurah hati dalam diri serta mampu menanam sifat ikhlas.

“Ia juga mampu menyemai sikap sentiasa bersyukur terhadap segala nikmat dan rezeki dikurniakan Allah SWT, sekali gus membuang segala sifat mazmumah dalam hati seperti bakhil atau kedekut,” katanya. - Getaran, 1 Julai 2023


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini