web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Di Perancis Diminta Hindari Kawasan Bawah Kawalan Polis 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 9:20AM

Rusuhan jalanan menggegarkan pinggir bandar Nanterre di Paris bermula 27 Jun lalu, selepas polis menembak mati seorang remaja berusia 17 tahun semasa satu pemeriksaan. - Tangkap layar dari video di Twitter @spectatorindex

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua rakyat Malaysia di Perancis dinasihatkan untuk menghindari perhimpunan dan kawasan di bawah kawalan polis yang berpotensi bertukar ganas.

Jurucakap Kementerian Luar berkata, ia susulan rusuhan yang berlaku di pinggir Paris, wilayah berhampiran dan pusat bandar lain negara itu.

Menurut beliau, sebilangan bandar telah menetapkan perintah berkurung pada waktu tertentu.

“Sebagai langkah keselamatan, anda juga disarankan untuk memberitahu rakan-rakan atau anggota keluarga tentang keberadaan anda. 

“Anda turut disyorkan untuk mengambil maklum berkenaan perubahan jadual perkhidmatan pengangkutan awam berikutan situasi kini,” katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas situasi terkini di Perancis, yang berdepan rusuhan selepas kematian seorang remaja akibat ditembak polis.

Agensi Berita Jerman dipetik sebagai berkata, rusuhan jalanan menggegarkan pinggir bandar Nanterre di Paris bermula 27 Jun lalu, selepas polis menembak mati seorang remaja berusia 17 tahun semasa satu pemeriksaan.

Sekumpulan perusuh yang marah bertindak membakar tong sampah, kereta dan sebuah sekolah rendah, manakala pasukan penyelamat dibaling bunga api dalam reaksi mereka terhadap tindakan ganas keterlaluan polis, kata pihak berkuasa.

Setakat semalam, keadaan dilaporkan bertambah buruk apabila kerajaan terpaksa mengerahkan 45,000 anggota polis Perancis bagi mengawal suasana.

Menurut laporan AFP, remaja terbabit dikenali sebagai Nahel M yang berasal dari pinggir bandar Nanterre di barat Paris.

Dia dikatakan diarah keluar dari kenderaannya oleh dua anggota polis, selepas didakwa melanggar peraturan lalu lintas ketika memandu pada pagi Selasa lalu.

Rakaman video yang tular di media sosial bagaimanapun mendapati, dua anggota polis terbabit berdiri di tepi kereta yang tidak bergerak, dengan seorang daripada mereka mengacukan senjata ke arah pemandu dan mengugut untuk melepaskan tembakan di bahagian kepalanya.

Pegawai polis itu kemudian kelihatan melepaskan tembakan ketika kereta tersebut secara tiba-tiba bergerak.

Perdana Menteri, Elisabeth Borne memberitahu Parlimen, tindakan itu jelas tidak selari dengan peraturan penguatkuasaan polis.

Anggota polis berusia 38 tahun yang dirakam melepaskan tembakan maut tersebut sudah ditahan sejurus kejadian dan sedang disiasat kerana membunuh dengan sengaja.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Kementerian Luar memberitahu, rakyat Malaysia yang bakal ke Perancis diminta mendaftarkan perjalanan masing-masing ke email paris.consular@kln.gov.my.

“Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi talian +33 (0)6 32 47 65 71,” katanya. - Getaran, 1 Julai 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka