web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aidilfitri Bertukar Suram, 20 Rumah Pekerja Musnah Dijilat Api

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 May 2021 4:46PM

Seorang anggota bomba sedang memadam kebakaran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kemeriahan lebih 50 individu meraikan Hari Raya Aidilfitri yang genap seminggu bertukar suram, apabila lebih 20 pintu rumah pekerja musnah terbakar di Taman Semarak Megah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, penduduk kelihatan sedaya upaya menyelamatkan barangan dan dokumen penting selepas api marak dengan pantas membakar blok kediaman yang diperbuat daripada papan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, pihaknya menerima aduan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 11.18 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tawau bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, api sedang marak membakar dua blok bangunan separa kekal yang menempatkan kediaman pekerja dan stor simpanan,” katanya.

Menurut jurucakap itu, api berjaya dikawal dan operasi tamat sepenuhnya jam 12.36 tengah hari tadi.

Tambahnya, kejadian itu menyebabkan dua blok bangunan tersebut musnah sepenuhnya.

“Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.

“Sehingga kini kami masih menyiasat punca dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa ekoran kejadian tersebut,” katanya. - Getaran, 20 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia