web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tempat Kerja Punca Sabah Rekod 4 Kluster Baharu 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 8:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Selepas aktiviti perkahwinan dan kunjungan Hari Raya Aidilfitri, tempat kerja kini menjadi sebab utama kemunculan empat kluster baharu di negeri ini, semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, dua daripada kluster baharu itu dilaporkan berlaku di Kota Kinabalu, manakala masing-masing satu di Papar dan Kalabakan.

"Kluster Jalan Pengalat Lok Kawi menunjukkan kluster tempat kerja pekerja kilang CCK Fresh Mart Sabindo, membabitkan kes indeks lelaki berusia 32 tahun yang bertugas di unit kawalan kualiti di premis berkenaan.

"Indeks mula mengalami gejala sejak 10 Mei lalu sebelum disahkan positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Inanam," katanya semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 69 pekerja kilang terbabit diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum 15 daripadanya disahkan positif.

Masidi berkata, kluster kedua dikenali sebagai Lorong Karamunsing, membabitkan pekerja kedai elektronik yang menular kepada generasi kedua iaitu ahli keluarga pesakit selain daerah berhampiran termasuk Putatan, Penampang dan Tuaran.

"Kes indeks seorang pekerja lelaki membaiki komputer riba disahkan positif COVID-19 pada 9 Mei lalu menerusi pemeriksaan hospital selepas mengalami demam dan hilang selera makan.

"Sebanyak 89 sampel diambil dari kontak rapat, 28 daripadanya disahkan positif, manakala 17 lagi masih menunggu keputusan ujian saringan COVID-19," katanya.

Satu lagi kluster baharu direkodkan berlaku di Kota Kinabalu iaitu Kluster Jalan Tun Fuad, membabitkan pekerja tapak pembinaaan bangunan Hotel Hyatt Centric dan mula dikesan pada 15 Mei lalu, menerusi kes indeks seorang pekerja lelaki berusia 43 tahun.

"Indeks mengalami gejala demam dan batuk sebelum disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth.

"Sebanyak 641 sampel kontak rapat dilakukan dan sepuluh daripadanya positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes," katanya.

Kluster keempat direkodkan berlaku pada 14 Mei lalu di Jalan Kertam Silimpopon, Kalabakan, membabitkan seorang pekerja kilang lelaki, 33.

Menurut Masidi, lelaki berkenaan yang bertugas di kilang pemprosesan Ladang Sawit Silimpopon mula mengalami gejala batuk dan demam sejak 8 Mei lalu dan disahkan positif COVID-19 oleh pihak hospital.

Berdasarkan siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri kenduri Hari Ibu di Gereja Gabungan Silimpopon yang terletak bersebelahan Jalan Kretam, Silimpopon di dalam ladang berkenaan.

"Seramai 142 orang kontak rapat turut diarahkan menjalani ujian saringan dan 41 daripadanya disahkan positif COVID-19.

"Secara keseluruhan, sebanyak 245 kes positif COVID-19 dilaporkan berlaku di Sabah, hari ini (semalam), 151 daripada adalah kes kluster, 60 kes berpunca daripada saringan kontak rapat, 25 kes saringan bergejala dan selebihnya lain-lain kategori," katanya.

Sementara itu, lima lokasi, di sini, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 22 Mei sehingga 4 Jun 2021 selepas kes positif COVID-19 dilaporkan aktif berlaku di situ.

Masidi berkata, tiga lokasi di Kunak iaitu Kampung Getah, Kampung Getah Tengah dan Taman Kunak Jaya, Kampung Idani, Semporna serta Kampung Pisang, Tawau.

"Manakala PKPD di Sekolah Menengah Ugama Pantau Manis, Papar, dilanjutkan sehingga 3 Jun 2021, selepas masih berlaku penularan kes.

"Daripada 495 saringan, 60 kes positif COVID-19 dilaporkan berlaku di sekolah berkenaan," katanya. - Getaran, 21 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia