web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Tiada Lagi Zon Hijau Di Semenanjung - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 10:34AM

Hampir seluruh daerah di Semenanjung kini Zon Merah - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hampir seluruh daerah di Semenanjung kini berstatus zon merah dan hanya tujuh daerah berstatus zon kuning berdasarkan data terkini pergerakan dalam tempoh 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah sejak 6 Mei hingga Rabu lepas (19 Mei).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan data dari Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) tiada lagi zon hijau di Semenanjung, manakala lapan daerah dikategorikan sebagai zon jingga mempunyai 21 hingga 40 kes, dalam tempoh sama.

Daerah dikategorikan sebagai zon kuning ialah Perak Tengah; Sik (Kedah); Gua Musang (Kelantan); Kemaman dan Hulu Terengganu (Terengganu); Cameron Highlands (Pahang) dan Mersing (Johor).

Bagi zon jingga pula direkodkan di daerah Kampar di Perak; Kangar (Perlis); Padang Terap dan Langkawi (Kedah); Bera, Maran dan Rompin (Pahang) dan Kuala Pilah (Negeri Sembilan), katanya.

Berdasarkan infografik dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Selangor merekodkan kes tertinggi sebanyak 21,343 kes diikuti Kuala Lumpur (6,100), Johor (5,148), Kelantan (4,498), Pulau Pinang (3,681), Kedah (2,983), Negeri Sembilan (1,856), Pahang (1,469), Terengganu (1,401), Melaka (1,231), Putrajaya (162) manakala Perlis merekodkan 22 kes.

Bagi Sarawak yang merekodkan 6,456 kes, lima daerah masih merekodkan zon hijau iaitu Simunjan, Asajaya, Kabong, Marudi dan Telang Usan, manakala sembilan daerah dikategorikan zon kuning iaitu Limbang, Lundu, Lawas, Dalat, Daro, Julau, Lubok Antu, Matu dan Tanjung Manis. 

Selain itu, dua daerah pula dikategorikan sebagai zon jingga iaitu daerah Tatau dan Bukit Mabong. 

Bagi Sabah, sebanyak tujuh daerah masih berada dalam zon hijau iaitu Tambunan, Kudat, Nabawan, Pitas, Tongod, Telupid dan Beluran manakala sembilan daerah berada dalam zon kuning iaitu Tuaran, Beaufort, Kota Belud, Sipitang, Ranau, Kota Marudu, Tenom, Keningau dan Kuala Penyu. 

Sabah yang merekodkan sebanyak 1,120 dalam tempoh ini turut merekodkan hanya daerah Putatan berada dalam zon jingga. 

Bagi kategori zon hijau tiada kes direkodkan, zon kuning bagi kawasan merekodkan satu hingga 20 kes, zon jingga mencatat antara 21 hingga 40 kes manakala zon merah melibatkan 41 kes ke atas.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sehingga semalam (20 Mei), kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 secara keseluruhannya di seluruh negara mencapai 83 peratus.

“Sistem kesihatan negara menghadapi tekanan amat besar dan memerlukan bantuan anda untuk memutuskan jangkitan COVID-19,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia