web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Lemas Ketika Mandi Bersama Rakan Di Perkampungan Orang Asli

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 9:00PM

Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika bermandi-manda bersama tiga rakannya di Kampung Orang Asli, Sungai Tanggang, Ulu Kinta. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika bermandi-manda bersama tiga rakannya di Kampung Orang Asli, Sungai Tanggang, Ulu Kinta dekat sini hari ini. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5 petang. 

"Pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan tugas mencari dan menyelamat. 

"Bagaimanapun mangsa, K. Santosh, 18, yang dipercayai lemas berjaya dijumpai oleh penduduk orang Asli dari kampung berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, petugas Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 7 malam," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia