web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bacaan Doa Akhir, Awal Tahun Iringi Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2023 9:21AM

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar (dua, kanan) bersama jemaah membaca surah Yasin dan doa selamat sempena Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Sambutan Maal Hijrah 1445H/2023M di beberapa negeri malam tadi dimulakan dengan bacaan doa akhir dan awal tahun.

Selain solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bagi menyambut tahun baharu Islam itu, majlis dimeriahkan dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah peringkat negeri.

Di ibu negara, majlis sambutan di Masjid Negara di sini dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar bersama ratusan umat Islam.

Mohd Na’im ketika ditemui Bernama berharap sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, yang bertemakan 'Perpaduan Teras Malaysia MADANI,' dapat memberikan kekuatan kepada rakyat Malaysia untuk membina kesatuan yang kukuh dan saling bertoleransi dalam membina sebuah negara MADANI.

Di SELANGOR, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke program Ambang Hijrah dan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1445H/2023M di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam serta turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan berangkat hadir ke Ambang Hijrah dan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1445H/2023M di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, malam tadi - gambar BERNAMA
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan berangkat hadir ke Ambang Hijrah dan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1445H/2023M di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, malam tadi - gambar BERNAMA

Pada majlis itu, baginda turut mengurniakan anugerah Tokoh Maal Hijrah Selangor kepada Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, 72, yang telah berkhidmat sebagai Mufti Selangor selama 23 tahun.

Di NEGERI SEMBILAN, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri di Seremban yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Tuanku Mukhriz turut berkenan menyertai bacaan doa akhir tahun yang dipimpin Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Amran Awaludin sebelum baginda menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

Di PULAU PINANG, majlis sambutan Maal Hijrah diadakan di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di Perda yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Pada majlis itu, pakar falak yang juga ahli astronomi Islam Profesor Dr Mohammad Ilyas Shabudin, 73, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Pulau Pinang.

Ahmad Yakob (kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Hijratul Rasul kepada Rektor KIAS, Prof Emeritus Dr Ab Aziz Mohd Zin - gambar BERNAMA
Ahmad Yakob (kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Hijratul Rasul kepada Rektor KIAS, Prof Emeritus Dr Ab Aziz Mohd Zin - gambar BERNAMA

Di KELANTAN, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob bersama lebih 1,000 jemaah menyambut Maal Hijrah peringkat negeri di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, Kota Bharu.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Anugerah Tokoh Hijratul Rasul 1445H peringkat negeri Kelantan kepada Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Profesor Emeritus Dr Ab Aziz Mohd Zin.

Di SARAWAK, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada majlis bacaan Doa Akhir Tahun 1444H dan Awal Tahun 1445H di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching.

Pada majlis itu, tazkirah Maal Hijrah bertajuk ‘Sarawak Maju Makmur’ turut disampaikan Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Iszam Padil. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Cemas Jika Lihat Pesawat ATM Terbang Rendah - ATM

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

5 Masjid Di Sekitar Kuala Lumpur Anjur Sambutan Sempena Maulidur Rasul 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Bangkit Isu Undang Keruntuhan Perpaduan - Tokoh Maal Hijrah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad