web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Bangkit Isu Undang Keruntuhan Perpaduan - Tokoh Maal Hijrah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2023 4:00PM

Dr Abdul Monir Yaacob (kiri) dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan hari ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Semua pihak terutama ahli politik diminta agar tidak membangkitkan sebarang isu yang boleh meruntuhkan perpaduan di negara ini.

Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Tahun 1445H/2023M Datuk Dr Abdul Monir Yaacob berkata isu perkauman contohnya harus dielak daripada dijadikan bahan politik kerana perkara kepentingan kaum telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Bagi saya… jangan jadikan apa-apa isu yang boleh meruntuhkan perpaduan. Semua orang inginkan perpaduan, baik ahli politik mahupun masyarakat pelbagai kaum,” kata bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu.

Abdul Monir berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)  hari ini.

Oleh itu, beliau berkata ahli politik perlu memainkan peranan penting dalam memastikan isu perpaduan antara rakyat di negara ini tidak diremehkan. 

Isu perkauman tidak seharusnya dibangkitkan demi menjaga perpaduan dalam negara - gambar hiasan
Isu perkauman tidak seharusnya dibangkitkan demi menjaga perpaduan dalam negara - gambar hiasan

Semasa ditanya mengenai perasaan beliau setelah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah, Abdul Monir, 77, menzahirkan rasa syukur kerana usahanya selama ini dihargai. 

“Dan saya juga menerima beberapa ucapan selepas mendapat penganugerahan ini daripada orang ramai yang mengatakan ‘selayaknya lah saya memperolehnya’,” kata beliau. 

Menurutnya lagi, fasa beliau membangunkan ummah telah berlalu apabila sebelum ini beliau sering dijemput untuk memberi pandangan kepada orang ramai dalam topik undang-undang dan syariah Islam serta hak asasi manusia di dalam dan luar negara. 

Meskipun perjuangannya telah berlalu, namun beliau masih bergiat aktif dalam menyatukan ummah melalui penulisannya.

“Saya sudah menerbitkan 11 buah buku ... dan pernah mendapat anugerah. Ada dua buku yang saya belum terbitkan kerana saya sekarang sedang menulis tesis untuk pengajian Doktor Falsafah (PhD),” katanya. 

Terdahulu, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1445H/ 2023M  oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023. 

Turut berangkat pada majlis itu adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Bacaan Doa Akhir, Awal Tahun Iringi Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Maal Hijrah 2023: Keamanan, Kemakmuran, Harus Dipertahankan - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Imbas Kenangan Menuntut Di Sekolah Izzudin Shah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut